Home » » Kereta Mini Untuk Di Lelong

Kereta Mini Untuk Di Lelong

Written By Unknown on Friday, February 1, 2013 | 12:01 AM


Kebanyakan kereta Bruce Weiner itu dilengkap enjin 49 kuasa kuda yang mampu mencapai kelajuan kira-kira 65 kilometer sejam. Walaupun kereta mikro itu hanya sepanjang 1.5 meter, tetapi ia masih boleh digunakan seseorang dengan ketinggian 1.8 meter.



Walaupun kecil, kereta mikro berkenaan dikatakan masih mampu menyelesaikan beberapa masalah pengangkutan.
Menurut Weiner, selama 15 tahun dia merantau ke seluruh pelusuk dunia untuk mendapatkan kereta mikro terbaik.
Katanya, kereta seumpama itu dibina selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, ketika Amerika Syarikat (AS) dan Britain bergelut dengan masalah kekurangan makanan, bahan mentah, bekalan elektrik dan gas.
“Kereta mikro itu dibina sebagai cara membantu orang ramai dalam keadaan sulit selepas perang, tetapi ia hanya bertahan sedekad apabila muncul kereta mini,” katanya. Hasil lelongan semua 200 kereta mikro itu dijangka bakal mengumpul sehingga RM34 juta.Antara koleksi Weiner ialah kereta ikon Peel P50 dan BMW yang diubah suai menjadi kereta lumba 730 kuasa kuda.
Menurut Weiner, lelongan itu diadakan di Muzium Kereta Mirko Bruce Weiner di Madison, Georgia. Kereta Peel P50 dikeluarkan pada 1964 adalah kereta paling kecil pernah dihasilkan di dunia dan dijangka dijual pada harga RM219,000.
Weiner juga akan menjual 11 kereta BMW Isetta, termasuk sebuah model unik, Whatta Drag, yang dilengkapi enjin Chevrolet V8.
“Kereta itu diilhamkan daripada kereta mainan Hot Wheels dan dianggarkan bernilai £65,000 (RM316,000),” katanya. Tidak ketinggalan, sebuah kereta Bond Bug oren keluaran 1972 yang mempunyai tiga tayar dihasilkan syarikat Reliant.
Kerera itu, kata Weiner, dianggarkan bernilai £12,000 (RM58,400).
Menurut Weiner, mengumpul kereta mikro memang menyeronokkan tetapi lama-kelamaan, dia berdepan masalah tempat untuk menyimpannya.
“Sebagai menghargai kereta itu, saya perlu berkongsi dengan orang lain,” katanya. - Daily Mail


Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .