Gejala Samseng Parking Pasar borong Wakaf Che Yeh

Sunday, April 7, 2013

Masalah parking yang keterlaluan di pasar borong Wakaf Che Yeh sudah tidak terkawal,,seperti tiada kuasa di negeri Kelantan untuk membanteras gejala ini,,dengan gejala samseng telah menbantuk sedikit penjualan di pasar borong,,sesetengah dah tidak suka membeli belah dekat sana..

Adakah pihak perbandaran sudah tidak dapat menyelesaikan masalah parking yang tidak terkawal di pasar borong,,di depan pasar raya Ceria,,tempat parking Mpkb dengan ada meter berbayar,,meter berbayar ini selepas pukul 6 petang dah tak payah bayar lagi,,memang dah free..

 Dekat sini lain sikit,,samseng parking Wakaf Che Yeh mengambil alih selepas jam 6 petang,,dan telah menimbulkan rasa ketidak puasan hati masyarakat tempatan ,,walaupun masalah ini telah keluar  akhbar pada masa dulu,,hanya sekejap jer masalah ini selesai,,malah makin berani samseng-samseng ini..

Di mana kuasa kerajaan atau wakil yang berwakilkan kepada rakyat di kawasan tersebut bagi menyelesaikan masalah yang menyusahkan rakyat serta peniaga tempatan,,bukan di situ sahaja mereka ini telah menjadi hak mereka di sepanjang jalan sekitar pasar borong ,,walaupun tanah rizab Jkr..

Mereka yang tamak ini patut segera di banteras walau apa cara sekali pun,,mungkin yang jadi masalah adalah mereka ini kebal dengan undang-undang..orang kata..(orang dalam),,Budaya samseng di pasar borong makin mnenjadi-jadi tanpa di ambil tindakan yang sepatutnya,..

Makin di biarkan gejala ini berlanjutan,,makin ketidakpuasaan sekalian rakyat tentang kuasa kerajaan yang lagi power dari mereka-mereka tersebut..



Kereta Kita Untuk Semua

Kereta di tanah air tercinta,,keluaran tempatan menggunakan enjin serta kompenan import..ada yang top dan ada juga yang k o,,

Kereta yang kurang sambuatan oleh faktor seperti injin yang memerlukan kos yang tinggi untuk baiki apabila rosak kelak,,serta reka bentuk yang kurang menarik minat bagi pembeli tempatan..

kereta yang bersohor ketika pelancaran yang gah,,selang 3 hingga 4 tahun merudun kejatuhan harga yang tinggi daripada nilai beli..spare parts yang yang mahal berbanding yang lain..


Depan Masjid Di Jadikan Tempat Melepaskan Nafsu

Maksiat sekarang tidak mengira tempat ,asalkan line clear ajer,,terus belasah,,memalukan kaum sajer puak-puak ini..

PUTRAJAYA - 'Rengekan' manja pasangan bercinta di kawasan rehat di celah-celah pokok di Dataran Putrajaya di sini rupa-rupanya lebih hebat daripada di taman bunga.

Aksi berpeluk, bercium, saling mengurut sambil bergelak ketawa seolah-olah menjadi senario biasa di kawasan rekreasi di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan itu.
 Setiap malam terutama pada cuti umum dan hujung minggu, 'kemeriahan' Dataran Putrajaya yang dibina bagi rekreasi keluarga itu tercemar kerana menjadi lokasi kegemaran pasangan bercinta.

Malah tinjauan Kosmo! Ahad juga mendapati banyak pasangan hangat bercinta tidak menghormati Masjid Putrajaya yang terletak tidak sampai 50 meter dari kawasan yang sama.

Ada yang bercanda di bawah cahaya lampu, tempat gelap dan di celah-celah pokok dan tidak kurang 'bersidai' menghadap tasik di Jambatan Seri Saujana.

Selain tidak peduli dengan kesucian rumah ibadah, pasangan yang datang ke situ juga tidak menghiraukan orang awam yang terdiri daripada warga emas dan keluarga yang beriadah.

Menurut sumber yang enggan nama dan gambarnya disiarkan, kehadiran pasangan bercinta di situ bukan sahaja memalukan tetapi juga 'menyakitkan mata'.

"Mereka ingat ini Itali ke? Terlalu ramai pasangan bercinta di sini, bukanlah kata tak boleh datang lepak di sini tapi sekurang-kurangnya tahu batasan.

"Sekiranya mereka pasangan yang sudah berkahwin, mereka tidak akan datang berpeleseran di sini," kata seorang pengunjung enggan dikenali.



Gejala Gelojoh Muda Mudi Kini

Faktor-faktor terjadinya gejala bodoh ini di kalangan bangsa di dalam negara yang tercinta ini adalah kerana kekurangan ajaran agama yang berkesan..

Memang tidak dapat di nafikan dengan gaya-gaya artis barat telah menular minda muda mudi yang berfikiran sonsang dan mengambil mudah bagi mengejar keenakan asmara..

Jangan di ikutkan sangat mereka itu yang jahil,,di kalangan masyarakat yang berbudi pekerti yang tinggi dansudah pun terkenal...jangan cuba try and error...bukan boleh test..kalau dah tak tahan,..kahwin..







Jeling Jangan Sampai Juling

Mengambil kesempatan mata bagi memuaskan nafsu yang sementara daripada mereka yang terdedah ..ada sahaja kesempatan pasti tidak melepaskan peluang..

Hati-hati mereka yang pakai-seksi meksi,,dah lah didedah ,,terdedah,,diredah pula oleh si mata keranjang,,kalau lah di tutup serapinya tubuh badan tu,,pasti tak ada peluang langsung..

Kenapa wanita yang suka dedah malu dan marah apabila mengetahui dedehnya diperhatikan??..sedangkan dia sendiri yang dedah,,bangga lah kerana dedahannya berjaya menarik si mata keranjang..betul tak ..








Artis Seberang Bertatoo Pelik Dan Kontroversi

Ha hu haru haru,,masalah artis berpakain terlalu seksi sejak dulu dan sekarang masih menjadi-jadi,,seksi nak glamour cepat ke memang tradisi dia dah seksi..

Dengan keseksiannya telah membawa imej yang kurang baik untuk artis asia yang terkenal dengan sopan dan santunnya..

Ditambah pula dengan melukis tatoo di tubuh badan,,memang menjenkelkan,,tulisan pula di tulis dengan bahasa arab,,gunalah bahasa lain ,,jikalu dah kemarut sangat nak ber tatoo..cerita ni adalah artis dari seberang,,memang boleh di kata semua orang kenal  Julia ni..
















Penunjuk Perasaan Yang Benggang Pamer Buah Berdada

Ada antara yang berani mendedahkan bukit yang setongkol bagi memuaskan hati yang serabut serta menurut ajakan nafsu yang buas..

Yang menyanyatkan hati adalah melibatkan segolongan wanita yang telah mendedahkan buah di dada untuk tontonan umun bagi memprotas agenda mereka..

Tidak banyak di persetujui bagi mereka yang waras akal fikirannya,,hanya mereka yang beng!! gang ..ajer menyokong seratus peratus apa yang wanita tak malu ni buat..






Lawak Jenaka Terbahak Bahak

Jom kita semua tengok aksi yang lawak lagi mencuit hati,,sama ada mereka ini sengaja atau pun tidak sengaja,,yang penting gambar mereka adalah lawak semata-mata..

Sebut sahaja cerita lawak pasti membuatkan seseorang itu termenung dan tersenyum berseorangan atau ketawa terbahak-bahak..

Tidak di nafikan lagi,,di tanah air tercinta pun lahir dah berapa ramai artis yang melawak bagaikan nak rak..lawak kini diterima oleh seluruh masyarakat dunia..















Belam-belam menyelam teguk air...
















Syok main gitaring tak terkabor..


















Terbang bola, pegi jauh-jauh..


















Cam ni lah kalau nak main motor brader..


















Besar pun tak per,,janji tong dram..













Yah !!! masak kau kalau tak lari,,hureiiii


















Siapa yang kena,,masak lah dia..

Pujaan Ramai Di Seluruh Dunia

Saturday, April 6, 2013

Pelakon dari barat ini banyak yang termasyhur di dunia,,kerana setiap filem yang dikeluarkan disana memang laris di pasaran dunia,,..

SIAPA tidak kenal anak kepada pelakon, penulis skrip, penerbit dan pengarah tersohor, Robert Downey Sr ini. Pastinya bakat lakonan yang ada dalam diri aktor terkenal ini diwarisi daripada bapa dan ibunya, Elsie yang juga pelakon hebat satu ketika dahulu.

Bermula seawal usia lima tahun lagi, pelakon berusia 47 tahun ini telah muncul menerusi filem Pound arahan bapanya sendiri. Pun begitu, tidak hanya di zaman kecilnya, bintang filem Natural Born Killers ini masih laku hingga ke hari ini.

Malah, setiap tahun ada sahaja wajahnya terpampang di layar perak. Sedikit mengenai pembabitan awalnya dalam industri perfileman Hollywood, namanya mula menjadi sebutan ketika memainkan peranan sebagai James Spader dalam filem Tuff Turf sekitar tahun 1985.

Meskipun usianya baru sahaja mencecah angka 15 tahun ketika itu, namun dia telah menjadi perhatian pengarah. Malah dia diberi kepercayaan membawa pelbagai watak, misalnya dalam filem Back to School, Pretty in Pink, Weird Science, dan Air America.

Bagaimanapun, dalam banyak-banyak filem yang dilakonkannya, pemilik nama Robert Downey Jr ini mendapat pujian meluas kerana peranannya sebagai Jullian Wells menerusi filem Less Than Zero.

Dalam filem itu, Downey menjadi seorang remaja kaya yang mempunyai masalah ketagihan dadah dan sukar dikawal.

Selepas itu, era kegemilangannya bermula dan sering dipilih berdamping dengan nama-nama besar dalam industri perfileman seperti Whoopi Goldberg, Ryan O’Neal, Mel Gibson, Sally Field, Cybill Shepherd dan Kevin Kline.

Bukan calon pilihan?

Diakui kehebatan lakonannya menerusi filem Gothika, Sherlock Holmes dan Tropic Thunder tetapi pemenang Anugerah BAFTA bagi kategori pelakon lelaki terbaik ini sebenarnya lebih terkenal sebagai Iron Man.

Di awal kemunculannya dalam filem tersebut, dia menjadi sebutan peminat bukan sahaja di Hollywood malah seantero dunia.

Memainkan peranan sebagai Tony Stark atau Iron Man, pengarah Jon Favreau memberitahu, pada asalnya, Downey bukanlah calon yang layak memegang watak itu, namun kini, dia menjadi lambang kepada Iron Man.

"Saya tidak menduga dia mampu mencipta watak ini dengan begitu hebat, malah dia banyak membawa pengalaman hidupnya bersama Iron Man," katanya bangga kerana filem tersebut menjadi box-office dan mendapat kutipan tinggi sepanjang ia ditayangkan.

Dalam pada itu, lakonan berkesannya turut membawa Downey kepada pencalonan anugerah seperti Central Ohio Film Critics Association Award Actor of the Year, Saturn Award for Best Actor, Irish Film & Television Award for Best International Actor dan Spike Guy’s Choice Award for Deadliest Warrior.

Menariknya, bagi sekuel kedua Iron Man iaitu Iron Man 2, dia terus diberi kepercayaan memainkan peranan tersebut.

Kembali beraksi

Walaupun muncul menerusi The Avengers, tahun lalu, namun pastinya pengikut setia Iron Man merindui filem aksi itu kembali ke layar perak dengan sekuel terbarunya.

Setelah diumumkan tayangannya tahun ini, rata-rata peminat Iron Man sudah tidak sabar mahu melihat ketangkasan Downey dalam filem berkenaan.

Tidak mahu menghampakan mereka, sekuel ketiganya berjudul Iron Man 3 bakal menggamatkan panggung bermula 26 April ini. Masih kekal sebagai Stark atau Iron Man, Downey menjelaskan, sudah pasti sekuel ketiga ini memberi cabaran baru buatnya.

"Penonton menjangkakan sesuatu yang lebih daripada filem ini. Saya sebagai teraju utama sekuel ini amat gementar kerana bimbang tidak mampu menjadi Iron Man kesayangan mereka seperti sebelumnya," katanya.

Sedikit mengenai Iron Man 3, filem sentuhan pengarah, Sean Black ini mengisahkan Stark atau Iron Man yang terpaksa berhadapan dengan musuh  luar biasa iaitu The Mandarin.

Selain Downey, filem yang menelan belanja sebanyak RM612 juta ini turut dibintangi pelakon popular lain seperti Gwyneth Paltrow, Don Cheadle, Guy Pearce, Rebecca Hall, Stephanie Szostak, James Badge Dale, Jon Favreau dan Ben Kingsley.

Dedahan Dari Lindsay - Hamil

Kalau dah mengandung,bermakna artis ini bakal melahirkan seorang bayi,,khbar berita hadir daripada dirinya sendiri,,ramai mungkin tidak bergurai senda lawak tentang hamil..mungkin dia benar-banar hamil..

BERITA ini pastinya mengejutkan ramai peminat Lindsay Lohan. Bukan khabar angin, namun berita ini disebarkan sendiri aktres ini menerusi akaun Twitternya.

Mungkin ramai yang menganggap berita itu hanya gimik Lohan sempena 'April Fool', namun mungkin saja berita itu benar memandangkan hubungannya dengan jejaka yang bernama Avi Snow semakin serius.

Menurut sumber, sejak berita ini tersebar, ramai yang mula membuat andaian siapa bapa kepada bayi itu.

"Walaupun sekadar gurauan sempena 'April Fool', namun ada pihak yang menganggap ianya serius," kata sumber.

Johny Depp Ada Kekasih Baharu

Inilah dia kekasih baharu aktres terkenal dari negara barat ,,dan juga di harap beliau boleh menjaganya sehingga bahagia dan membawa ke ambang perkahwinan..

SELEPAS putus cinta dengan Amber Heard, aktor tersohor Johhny Depp dikatakan menjalinkan hubungan dengan penyanyi terkenal Amerika, Kesha Rose Sebert.

Hubungan mereka bermula ketika menghadiri konsert amal, Superstorm Sandy di Los Angeles.

Menurut sumber, Depp dan Kesha semakin rapat.

 "Sejak bertemu di konsert amal itu, hubungan mereka semakin rapat.

"Namun Kesha tak pernah mengakui hubungan istimewa mereka itu," kata sumber.

Bagaimanapun, baik Depp mahupun Kesha, kedua-duanya masih belum bersedia untuk mengesahkan hubungan antara mereka.

Rahsia Nikita Mirzani

Macam-macam rahsia daripada artis ,ada yang patut didedahkan serta yang memang tidak patut untuk didedahkan bagi mengelak kontroversi yang boleh menjatuhkan seseorang artis tersebut..

PELAKON kontroversi, Nikita Mirzani mengakui pernah menjalinkan hubungan cinta bersama bintang filem terkenal, Hengky Kurniawan.

Menurut Nikita, hubungan itu bagaimanapun hanya mampu bertahan selama sebulan. Jelasnya, ada orang ketiga yang menjadi dalang perpisahan mereka.

"Kami berpisah dengan cara baik. Saya menganggap tiada jodoh di antara kami.

"Buat masa ini, saya lebih selesa berkawan daripada bercinta dengan sesiapa," kata Nikita.

Perkongsian Pengalaman Yatt Semasa Di Gaza

Pengalaman yang menarik daripada Yatt untuk dikongsikan kepada peminat-peminat beliau dan seluruhnya..

PELAKON dan pengacara, Yatt Hamzah akan muncul di Plaza Alam Sentral, Shah Alam 4.30 petang Ahad ini untuk berkongsi pengalaman mengenai Gaza.

Beliau yang baru pulang dari 'Kembara Bumi Anbia’ itu akan bergandingan dengan penulis buku 'Takluk Hati Pasangan’ (terbitan Karya Bistari), Prof Madya Mohd Daud Mohammad.

Mohd Daud yang juga pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam akan mengupas permasalahan wanita dan bagaimana berusaha menjadi wanita dan pasangan sempurna.

Banyak tips yang dipetik dari buku yang mendapat sambutan hangat itu akan dikongsi bersama pengunjung.

Selain itu pengunjung bertuah juga akan menerima cenderamata berupa majalah terbitan Kumpulan Media Karangkraf.

Program tersebut anjuran Plaza Alam Sentral sempena Festival Wanita.

Orang ramai dijemput hadir dan program adalah percuma.

Terlena Di Buai Mimpi Apakan Entah

Thursday, April 4, 2013

Tidor adalah suatu nikmat yang tidak terhingga,,jika disalah ertikan ,,tidor adalah pemalas,,kalau kita semua menyedari tentang kepentingan tidor..pasti ada jadual waktu sendiri untuk berlabuh..

Tidor di siang hari bagi mereka yang terpaksa bekerja di malam hari,,tidor malam hari adalah terbaik untuk kesihatan..

Ini yang aku nak kongsi ,,mereka ini tertidor di dalam posisi yang sungguh kelakar dan mencuit hati untuk suka akan dia ,,ha !! ha !! ha!!!




Berubah Imej Demi Peminat - Asmidar


Penyanyi baharu ini kalau tidak berusaha sendiri bagi menonjolkan diri,,mungkin akan tenggelam ekoran setiap masa,ada-ada sahaja artis baharu yang ingin diketengahkan,,di dalam dunia cyber sekarang ini,,janganlah dirisaukan sangat perkara sedemikian,,banyak ruang di cyber untuk dipromosi..
Nama Asmidar mungkin masih kedengaran agak janggal dalam industri hiburan seni suara.

Biarpun lagu solonya, Biar Sampai Ke Bintang mendapat sambutan menggalakkan, namun populariti gadis berusia 27 tahun ini tidak bergerak seiring populariti lagunya.

Sedar persaingan yang semakin sengit, Asmidar tekad untuk bangkit dan membuat percaturan baru demi memastikan karier nyanyian tidak hilang dibawa arus.
“Sejujurnya lambat atau cepat naik tidak ada bezanya, tetapi yang penting adalah bakat yang mahu dibuktikan kepada umum.

"Saya rasa tidak ada guna saya cepat dikenali, tapi akhirnya tidak bertahan lama. Alhamdulillah, pengalaman sepanjang berada dalam pertandingan Vokal Bukan Sekadar Rupa banyak memberi perspektif baru dalam kehidupan untuk saya lakukan yang terbaik.

"Cabaran itu ada di mana, tetapi yang penting bagaimana untuk mengatasi kepayahan itu dan memperbaiki diri untuk ke depan. Saya tidak mengharapkan perjalanan lancar, tapi saya mengharapkan panduan itu tidak tersasar daripada landasan sekarang,” katanya kepada Zass.
Asmidar atau nama sebenarnya Norhasmidar Ahmad berkata, selain memperbaiki mutu vokal, dia juga membaiki imejnya agar kelihatan lebih yakin untuk bertemu peminat.

"Saya akui, apa awalnya memang saya tidak pandai bergaya dan sebagainya, namun selepas diberi nasihat dan tunjuk ajar dari pihak Warner Music, banyak bantu untuk perbaiki diri sendiri.

"Saya banyak bertanya dari orang-yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang ini, dari pada situ saya perbaiki diri sendiri," katanya

Kali Pertama jadi taruhan

Muncul dengan album pertama yang diberi judul Kali Pertama, Asmidar berkata, dia berharap kemunculan album ini akan menjadi platform buatnya untuk dikenali.

Album yang memuatkan tujuh lagu itu diistilahkan sebagai sebuah pengembaraan dan perjalanan daripada pengalaman yang kosong menjadi lebih erti.

"Pelbagai elemen yang dimuat turun dalam album ini dengan alunan lagu klasik, dengan imej yang berlainan sedikit sebanyak menampakkan ianya lebih menarik," katanya.

Berkongsi dengan lebih lanjut mengenai pembikinan album pertamanya ini, Asmidar berkata, dia bertuah kerana berpeluang menuntut ilmu daripada 'sifu' dalam bidang muzik.

“Semua pencipta lagu yang terlibat dengan album ini adalah orang-orang yang berpengalaman. Banyak input yang saya perolehi semasa merakamkan lagu di dalam album ini dan dari situ saya mula belajar untuk dapatkan ‘feel’ yang terbaik dalam sesebuah lagu," ujarnya.

Tujuh lagu yang terkandung dalam album ini adalah Biar Sampai Ke Bintang, Kali Pertama, Goldilocks, Sepasang Sudu, Bila Cinta Ada, Pesona Cinta dan Sepenggal Kasih.

Soal cinta

Menyentuh mengenai soal peribadinya pula, Asmidar berkata, dia kini masih lagi ‘single’ dan ingin fokuskan kepada kerjaya dalam bidang nyanyian terlebih dahulu.

“Saya ini seorang yang susah nak jatuh hati dengan seseorang. Kalau boleh sekarang ini saya nak fokus pada kerjaya dahulu,” katanya.
Ditanya mengenai lelaki idaman Asmidar, memberitahu, dia bukanlah seorang yang memilih, tapi biarlah seorang lelaki yang bertanggungjawab.
 "Rupa paras tidak penting, yang penting, adalah hati dan menghormati kedua ibu bapa saya. Kalau boleh, biarlah dia seorang yang dapat membimbing diri saya dan boleh memberikan nasihat yang berguna," katanya.
Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .