Home » , » Tetak Kerana Mengamuk

Tetak Kerana Mengamuk

Written By Unknown on Sunday, February 24, 2013 | 3:11 PM

BESUT - Seorang bapa terpaksa menetak anak sendiri bagi mempertahankan diri selepas dia mendakwa diserang anak lelakinya yang mengamuk kerana ketagih dadah di Kampung Bukit Tempurung, Kerandang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.50 pagi , lelaki berusia 57 tahun itu melibas parang ke arah anaknya selepas suspek berusia 29 tahun  itu menendang perutnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, DSP Noorzainy Mohd Nor berkata, sebelum kejadian, suspek telah mengejutkan ibunya yang sedang tidur di rumah mereka terlebih dahulu untuk meminta wang.

Menurutnya, akibat gagal memperoleh wang dipercayai untuk membeli dadah, menyebabkan suspek mengejutkan semula ibu bapanya 30 minit kemudian.

“Bapanya kemudian  bangun dan memarahi suspek menyebabkan suspek  mengamuk lantas menyerang mangsa dengan menendang perut bapanya hingga rebah.   

“Mangsa bertindak mengambil parang lalu melibas ke arah anaknya dalam keadaan gelap menyebabkan anaknya melarikan diri,” katanya.

Noorzainy berkata lagi, tidak lama kemudian suspek pulang membawa sebilah pedang dipercayai untuk mencederakan bapanya tetapi gagal kerana bapanya telah mengunci pintu rumah.

“Bapa suspek bertindak menghubungi polis dan penduduk untuk meminta bantuan.

"Selepas polis sampai di tempat kejadian suspek sudah tiada di kawasan rumah itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, polis kemudian mendapati suspek dihantar ke Hospital Besut oleh bapa saudaranya untuk mendapatkan rawatan selepas cedera di tangan kiri akibat terkena libasan itu.

"Suspek kemudiannya dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan susulan dan akan ditahan untuk siasatan lanjut," katanya semalam.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Noorzainy turut mengingatkan ibu bapa agar segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mendapati anak mereka menagih atau mengedar dadah untuk mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .