Home » , » Hukuman Lebih Berat Kepada Perogol

Hukuman Lebih Berat Kepada Perogol

Written By Unknown on Thursday, March 21, 2013 | 8:26 PM

Perlu ingat kepada penjahat di India , Kau buat sahaja ,kalau dah tersangkut,nahas menanti dengan undang-undang yang baharu di luluskan..Jangan cuba-cuba jadi jahat..

NEW DELHI - Parlimen India meluluskan pindaan rang undang-undang bagi pesalah jenayah seks, dengan dijatuhi hukuman mati jika mangsa meninggal dunia atau penjara seumur hidup.

Ahli Parlimen Akali Dal,  Harsimrat Kaur Badal berkata, Parlimen juga meluluskan undang-undang terhadap kesalahan mengugut, meraba dan serangan asid.  

“Mengikut pindaan undang-undang bagi jenayah ini, pesalah diperuntukkan hukuman penjara minimum 20 tahun atau penjara seumur hidup berbanding hanya penjara 10 tahun sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, pindaan ini adalah langkah permulaan dalam menangani jenayah seks yang kian berleluasa hingga menyasarkan kepada pelancong asing.

“Pindaan ini juga merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan mengiktiraf kira-kira 1.2 bilion golongan wanita di India,” katanya dipetik AFP.

Jenayah rogol di India kini menjadi ancaman utama kepada golongan itu sejak tiga kematian dilaporkan setiap bulan.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .