Home » , » Perkahwinan Misha Tertangguh - Kesibukan Kerjaya

Perkahwinan Misha Tertangguh - Kesibukan Kerjaya

Written By Unknown on Sunday, March 17, 2013 | 12:23 PM

Masing-masing sibuk dengan kerjaya..nasib baiklah sibuk pun tak lupa untuk membina sebuah keluarga..nanti senang makan nasi minyaklah yer..

PENYANYI Adam & Hawa, Misha Omar terpaksa menangguhkan perkahwinannya bersama tunang, Firos Ezzwan Rossly kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya.

Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan setahun lalu di sebuah majlis tertutup di Kampung Guchil Bayam, Kota Bharu.

Melalui sebuah portal online, Misha menjelaskan dia sudah bersedia untuk bergelar isteri namun sukar untuk mendapatkan masa yang sesuai.

"Hubungan kami masih baik dan tiada masalah. Cuma jadual kerja sangat padat apatah lagi Firos merupakan juruterbang MAS (Syarikat Penerbangan Malaysia) sentiasa sibuk," kata Misha.

Demi melakukan persiapan perkahwinannya nanti, Misha akan bercuti daripada sebarang aktiviti seni selama dua bulan.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .