Kunci jangan tak kunci..
Jangan lupa rumah tersayang
Honda EX5 pastinya dikenali ramai oleh sebahagian besar rakyat Malaysia, sebuah motosikal kapcai dengan enjin 100cc yang terbukti lasak dengan kemampuan penggunaan petrol antara yang paling menjimatkan pernah dijual di pasaran Malaysia. Model ikonik berstatus legenda ini mula diperkenalkan sejak tahun 1987, dan kini masih dijual melalui versi terbaru Honda EX5 Dream.
Hari ini, selepas 25 tahun berlalu, jualan Honda EX5 keseluruhannya mencecah hampir 1.9 juta unit, dan masih mendapat permintaan tinggi daripada para peminatnya. Bagi melebarkan lagi pengaruhnya, Boon Siew Honda baru-baru ini telah memperkenalkan warna terbaru bagi Honda EX5 Dream, yang didatangkan dalam warna kelabu dengan corak grafik berani dalam kombinasi warna emas, merah dan putih.
Harga yang ditawarkan untuk Honda EX5 Dream bersama insuran komprehensif untuk penunggang tunggal ditetapkan sebanyak RM3,999.40 bagi varian penghidup tendang (kick starter) dan RM4,269.40 untuk penghidup eletrik (electric starter). Boon Siew Honda turut menawarkan tempoh jaminan setahun atau 12,000 km untuk dinikmati oleh pemiliknya. Untuk mendapatkan maklumat dan spesifikasi lebih lengkap, sila klik ‘brochure’ di sini –Honda EX-5 Dream.
p/s : Saya pernah memiliki Honda EX5 versi pertama yang dibeli pada tahun 1999, memang tahan lasak dan menjimatkan. Kelajuan pun boleh tahan, pecutan senang-senang boleh dapat 115 km/j. Pikap tak payah ceritalah, cukup kuat walaupun enjin sekadar 100cc.
Ikut pengalaman saya juga sepanjang mengendalikan kes-kes kesalahan juvana di mahkamah, kes-kes melibatkan kecurian motosikal Honda EX5 merupakan yang paling top berbanding motosikal lain. Sampai satu tahap ramai yang tak berani beli Honda EX5 sebab takut kena curi.
Pengalaman seorang brader kita..
Sumber dari : www.arenakereta.com
0 ulasan:
Post a Comment