SEBUT sahaja Adele, lantas memori pasti akan teringat pada penyanyi bersuara merdu dengan susuk tubuh yang agak gempal itu.
Mula menarik perhatian ramai dengan lagu Someone Like You menerusi album keduanya, 21, Adele membuktikan bentuk fizikal tidak menjadi penghalang buat seseorang yang berbakat sepertinya untuk berdiri sama tinggi dengan penyanyi terkenal lain.
Setelah berjaya menggondol enam anugerah pada Anugerah Grammy, tahun lalu, Adele mengulangi kejayaannya apabila membawa pulang trofi Persembahan Pop Solo Terbaik.
Adele memenangi anugerah tersebut menerusi lagu Set Fire To The Rain yang dipersembahkan secara langsung di The Royal Albert Hall, London.

"Tahun 2012 amat bermakna buat saya dan menganggapnya sebagai satu rahmat setelah saya berhadapan dengan saat-saat getir apabila kehilangan suara akibat jangkitan pada pita suara.
"Pengalaman tersebut membuatkan saya lebih menghargai bakat, apatah lagi menerusi suara ini, saya berjaya berada setaraf penyanyi seperti Christopher Cross dan Norah Jones yang pernah memenangi kesemua empat kategori utama, Big Four pada anugerah berprestij
Grammy," katanya yang kelihatan menawan apabila mengenakan baju berbunga merah pada anugerah tersebut.
Hargai peminat
Penyanyi kelahiran England itu terperanjat ketika namanya yang pertama diumumkan, malah tidak bersedia untuk memberi sebarang ucapan di majlis tersebut.
“Terima kasih banyak-banyak. Jujurnya, semua ini amat mengagumkan.
“Terus terang, saya hanya datang menjadi sebahagian daripada majlis ini kerana saya sangat menyukai kemeriahan tahun lalu,” kata Adele.
Tidak lekang dengan ucapan penghargaan kepada peminat yang sentiasa menyokong karier seninya, wanita berusia 24 tahun itu menyatakan dia kini sibuk menguruskan bayinya.
“Terima kasih! Saya ingin mengucapkan jutaan rasa sayang kepada gadis-gadis di luar sana.
“Kami telah bekerja dengan kuat. Jumpa anda selepas ini,” ujarnya.
Bakal terbit album baru
Selepas melahirkan bayi pertamanya, Angelo, pada Oktober tahun lalu , Adele mendedahkan dia kini sibuk menumpukan sepenuh masanya terhadap penjagaan bayinya itu.
Dalam masa sama, Adele mengakui dia terpaksa mencuri masa untuk mengeluarkan album barunya, namun tidak mendedahkan tarikh album tersebut akan dikeluarkan.
“Tidak lama lagi (album baru). Saya banyak meluangkan masa dengan mesyuarat dan juga terpaksa keluar dari lingkaran tersebut.
“Malah, saya turut menyanyikan lagu untuk bayi kami,” katanya.
Sementara itu, Adele turut memberi penghargaan buat ibunya, Penny Adkins yang telah membesarkannya seorang diri dan bekerja siang malam untuk menyokong cita-cita anaknya menjadi seorang bintang sehingga terlaksana.

0 ulasan:
Post a Comment