RATU skuasy negara, Datuk Nicol David gagal mempertahankan kejuaraan Cleveland Classic apabila tewas kepada pemain nombor dua dunia, Raneem El Weleily pada perlawanan akhir yang berlangsung di Ohio, Amerika Syarikat.
Menurut laman sesawangwww.squashsite.co.uk, pemain berusia 29 tahun itu tumpas kepada pemain Mesir, 11-3, 5-11, 11-9, 5-11, dan 9-11.
Dengan kekalahan ini, ia juga membuatkan impian Nicol untuk meraih kejuaraan sulung tahun ini turut tidak kesampaian.
Sementara itu, Nicol menerusi akaun Twitternya berkata, "Raneem telah meraih kejuaraan ini selepas perlawanan berakhir dengan 3-2."
"Satu minggu yang hebat di Cleveland dan perlu kembali pada tahun depan," katanya.
0 ulasan:
Post a Comment