Menteri Pertahanan Indonesia Purnomo Yusgiantoro berkata selain helikopter Black Hawk, kementerian itu juga mengkaji kemungkinan membeli helikopter penyerang Apache.
Beliau berkata pembelian helikopter Apache sudah mendapat kelulusan kerajaan Amerika Syarikat, namun Kementerian Pertahanan Indonesia mahukan helikopter itu dalam jumlah yang banyak.
"Kalau kita tidak boleh mendapatkan Apache yang cukup banyak, maka kita ingin Black Hawk. Yang lebih penting, helikopter tempur kita itu cukup banyak dan boleh membangun kekuatan," kata Purnomo, sebagaimana dipetik agensi berita Antara, pada Jumaat.
Purnomo berkata pihaknya sedang berusaha untuk menyelesaikan pembelian helikopter itu pada tahun ini untuk TNI AD dengan harapan membentuk satu skuadron helikopter bagi tujuan pengawalan keselamatan wilayah.
Sementara itu, satu laporan lain memetik Purnomo sebagai berkata Black Hawk menjadi pilihan kerana harganya yang lebih sesuai dengan peruntukan kerajaan sebanyak AS$200 juta.
Berdasarkan pembicaraan awal, Purnomo berkata harga seunit Apache mencapai AS$45 juta dan Black Hawk sekitar AS$20 juta, lapor portal berita Republika Online.
"Black Hawk pilihannya kerana Apache mahal. Ini masih dalam perbahasan kerajaan dan belum diajukan ke Suruhanjaya I Dewan Perwakilan Rakyat," katanya. - Bernama
0 ulasan:
Post a Comment