Pistorius dijangka akan dihadapkan di mahkamah hari ini.
Steenkamp, bekas model FHM, ditembak di kepala dan lengan di rumah Pistorius di Silverwoods Country Estate di sini.
Laporan media dari Afrika Selatan mendakwa Pistorius tersilap apabila menjangkakan wanita itu pencuri.
Beberapa media menyebut Steenkamp cuba memberi kejutan kepada Pistorius sempena sambutan Hari Kekasih tetapi Pistorius pula menjangkakan kekasihnya itu pencuri.
Menurut polis, cuma suspek dan mangsa yang berada di rumah ketika kejadian berlaku.
Dalam laporan Reuters, beberapa saksi telah disoal tentang insiden awal pagi itu.
“Kami bercakap tentang jiran dan orang setempat yang mendengar apa-apa yang berlaku pada awal petang dan ketika tembakan berlaku,” kata pegawai polis, Denise Beukes.
Jirannya pula akui terkejut dengan insiden tersebut.
“Oscar seorang yang baik, jiran yang baik,” kata salah seorang jiran yang tidak mahu dikenali.
Menurut pihak polis lagi, pistol 9mm telah ditemui di tempat kejadian.
Beukes berkata, polis sedar kejadian sebelum ini yang berlaku di rumah Pistorius.
“Saya boleh mengesahkan bahawa telah berlaku kejadian di rumah Oscar Pistorius sebelum ini, tuduhan bersifat domestik,” katanya.
Ejen peragaan, Sarita Tomlinson berkata, keluarga model itu sangat terkejut dengan tragedi ini.
“Keluarganya terkejut. Mereka mempunyai hubungan yang baik. Tiada siapa yang mengetahui tentang kejadian sebenar,” katanya dengan tangisan kepada Reuters.
Steenkamp dan Pistorius dikatakan telah menjalin hubungan sejak beberapa bulan lalu.
0 ulasan:
Post a Comment