Berita perpisahan pelakon drama Nora Elena, Siti Saleha dengan teman lelaki Inggerisnya sekali gus menutup kontroversi mengaitkan dia bercinta dengan dik kepada pelakon Sharifah Sofea, Syed Adney Syed Hussein.
Menerusi tabloid tempatan, Saleha menjelaskan hubungan cinta mereka terputus kerana tiada persefahaman.
"Kami berkenalan pun tak lama, cuma sebulan.
"Jadi bila terpaksa berpisah, ia taklah terasa sangat," kata Saleha.
Setelah mempertimbangkan masa depan hubungannya bersama jejaka itu, Saleha merasakan tiada keserasian dan mengambil keputusan untuk berpisah.
"Saya jenis yang tak suka ada masalah. Kalau saya lihat perhubungan itu tak akan ke mana dan lelaki itu seperti tidak serius, lebih baik berpisah," katanya.
0 ulasan:
Post a Comment