Home » , » Perkongsian Pengalaman Yatt Semasa Di Gaza

Perkongsian Pengalaman Yatt Semasa Di Gaza

Written By Unknown on Saturday, April 6, 2013 | 10:59 PM

Pengalaman yang menarik daripada Yatt untuk dikongsikan kepada peminat-peminat beliau dan seluruhnya..

PELAKON dan pengacara, Yatt Hamzah akan muncul di Plaza Alam Sentral, Shah Alam 4.30 petang Ahad ini untuk berkongsi pengalaman mengenai Gaza.

Beliau yang baru pulang dari 'Kembara Bumi Anbia’ itu akan bergandingan dengan penulis buku 'Takluk Hati Pasangan’ (terbitan Karya Bistari), Prof Madya Mohd Daud Mohammad.

Mohd Daud yang juga pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam akan mengupas permasalahan wanita dan bagaimana berusaha menjadi wanita dan pasangan sempurna.

Banyak tips yang dipetik dari buku yang mendapat sambutan hangat itu akan dikongsi bersama pengunjung.

Selain itu pengunjung bertuah juga akan menerima cenderamata berupa majalah terbitan Kumpulan Media Karangkraf.

Program tersebut anjuran Plaza Alam Sentral sempena Festival Wanita.

Orang ramai dijemput hadir dan program adalah percuma.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .