Home » » Bahaya Lembu Berkeliaran - Berdosa

Bahaya Lembu Berkeliaran - Berdosa

Written By Unknown on Saturday, January 26, 2013 | 9:01 PM

Sifat tidak bertanggong jawab pemilik-pemilik lembu yang membiar lembu berkeliaran merata-rata terutama di jalan raya mengundan padah kepada pengguna-pengguna jalan raya...ingat kepada mereka yang tak bertanggong jawab ini...anda telah berdosa dan terima azab Tuhan kelak....
RANTAU PANJANG – Sebuah kereta remuk setelah merempuh seekor daripada lembu yang berkeliaran di sekitar Gual Tinggi, dekat sini semalam.

Pengerusi Pertubuhan Penduduk Rantau Panjang, Mat Bastaman Hamat berkata, kemalangan melibatkan pengguna dan ternakan di sepanjang laluan Gual Tinggi ke Rantau Panjang serta sekitarnya bukan perkara baru.

Katanya, orang ramai kerap berdepan bahaya terutama pada waktu malam disebabkan penternak mengambil jalan mudah melepaskan ternakan mereka.

Menurutnya, penternak tidak sepatutnya melepaskan ternakan seperti lembu, kambing serta ternakan lain kerana orang ramai terdedah bahaya pada bila-bila masa sahaja tambahan pemilik tidak akan mengaku ternakan terlibat kemalangan sekiranya dirempuh.

“Pengguna bukan sahaja berdepan kerosakan kenderaan, tetapi mereka turut berisiko cedera atau hilang nyawa bila kemalangan.

“Sehubungan itu, penternak tidak seharusnya memikirkan keuntungan serta mengambil jalan mudah melepaskan ternakan untuk meringankan beban tugas mereka, sepatutnya mereka memikirkan risikonya kepada orang ramai,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian di tempat kejadian mendapati terdapat hampir 20 lembu berada di sekitar tempat kejadian.

Mat Bastaman berkata, pihak berkuasa tempatan digesa mengambil tindakan dengan menangkap ternakan yang dibiarkan berkeliaran terutama di sekitar laluan utama.

Menurutnya, jika dibiarkan, lebih ramai pengguna jalan sekitar Rantau Panjang akan menjadi mangsa.

“Ternakan dibiarkan bebas di sekitar jalan utama menuju pekan Rantau Panjang ini juga, dapat menjejaskan imejnya pada pandangan pengunjung.

“Pada masa sama, najis ternakan tersebut akan mengotorkan jalan,” katanya.


Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .