Home » » Nyamuk Adalah Musuh Manusia - Aedes

Nyamuk Adalah Musuh Manusia - Aedes

Written By Unknown on Saturday, January 26, 2013 | 9:13 PM

Aedes..Berwaspada disekeliling rumah...nyamuk aedes tidak mengenal usia...sesiapa yang tidak menjaga kebersihan rumah akan diserang olehnya terutama mereka yang tidak kisah terhadap air yang bertakong...
Serangan Aedes boleh diatasi sekiranya  semua penduduk dunia menjaga kebersihan seluruhnya..
KOTA BAHARU - Sebanyak 1,245 Kes demam denggi dilaporkan di seluruh Kelantan tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 68 peratus berbanding 743 kes tahun sebelumnya.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, peningkatan itu merupakan fenomena yang membimbangkan dan perlu ditangani segera.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai, khususnya penduduk yang tinggal di kawasan berisiko dijangkiti demam denggi supaya menjaga kebersihan sekeliling terutama selepas musim tengkujuh melanda baru-baru ini.

"Mereka patut mengambil masa 10 minit sehari membersih kawasan sekitar kediaman bagi menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk dan jejentik bagi mengelakkan wabak penyakit itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya, setakat tiga minggu pertama bulan ini, sebanyak 83 kes demam denggi dilaporkan berbanding 68 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata, ekoran itu pihak jabatan sedang meningkatkan gerakan kempen kesedaran dengan membuat pemeriksaan dan penerangan ke seluruh negeri, terutama di kawasan berisiko tinggi wabak itu. - Bernama


Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .