Home » » Daging Manusia Masuk Pasaran - Kanibal Bodoh

Daging Manusia Masuk Pasaran - Kanibal Bodoh

Written By Unknown on Sunday, January 27, 2013 | 8:19 PM

Memang dahsyakk kanibal nak mampos..dahlah kau makan daging manusia ...eh eh ..siap berniaga pulak..kau ingat hebat sangat makan daging manusia..daging haiwankan banyak..kesian mereka-mereka yang memjadi mangsa gila ,,kemasuk..taksub mereka-merka yang jahat..

Polis Yunnan, China, menahan seorang lelaki yang didakwa melakukan pembunuhan dan amalan kanibalisme terhadap belasan mangsanya. Suspek juga dipercayai menjual daging-daging manusia ke pasar, menipu dengan mengatakan bahawa itu daging binatang.
Diberitakan China Post, Sabtu 26 Mei 2012, Zhang Yongming ditahan polis Yunnan dua minggu lalu di rumahnya di desa Nanmen. Dia diduga terlibat dalam kes kehilangan belasan pemuda sejak tahun lalu.

Ketika menggeledah rumah lelaki 56 tahun ini, polis kaget. Di dalam bilik rumahnya, terdapat daging-daging manusia yang digantung sebarang untuk dikeringkan. Di sebuah botol, polis menemui dua bola mata manusia yang direndam di dalam arak.

Polisi menduga, selain memakan sendiri daging-daging tersebut, Zhang memberikannya untuk makanan tiga anjingnya. Polisi juga mengatakan bahawa Zhang dikhuatiri telah menipu peniaga di pasar yang membeli daging manusia darinya. Ketika menjualnya, Zhang mengaku bahawa itu adalah daging burung unta.

Bukan kali ini saja Zhang terlibat dalam kes pembunuhan. Sebelumnya, dia dipenjara selama 20 tahun kerana membunuh. Oleh para jirannya, Zhang digelar sebagai "monster kanibal." Jiran Zhang mengaku sering melihat lelaki pendiam ini menggantung plastik hijau di rumahnya, dengan tulang putih menyembul keluar.

Para pelapor awalnya mengesyaki keluarga mereka hilang akibat diculik dan kerja paksa di kilang batu bata. Menurut Tencent, salah satu portal berita di China, mangsa Zhang diduga berjumlah hingga 17 orang.

Kanibalisme di China marak sejak terjadinya wabak kelaparan saat industrialisasi negara itu gagal pada tahun 1950an. Pelbagai kes kanibalisme individu terjadi pada Revolusi Budaya dari tahun 1966 hingga 1976, sebagai bentuk perlawanan terhadap musuh komunis. (tm)

memang melampau mereka-mereka ini...

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .