Home » » Pekerja Kilang Mati Dalam Keaiban - Cerita Panas!!

Pekerja Kilang Mati Dalam Keaiban - Cerita Panas!!

Written By Unknown on Tuesday, May 1, 2012 | 4:56 PM

Seorang wanita ditemui mati dalam keadaan separuh bogel di sebelah teman lelakinya yang turut tidak berpakaian lengkap dan tidak sedarkan diri dalam sebuah Proton Iswara di Kangkar Pulai, Kilometer 10 Jalan Pontian Lama, di sini tengah hari semalam.
anggota polis mengangkat jenazah wanita berkenaan untuk dihantar ke HSA.
Pasangan kekasih itu ditemui dalam keadaan mengaibkan dalam ladang kelapa sawit yang terletak hanya kira-kira 200 meter dari jalan raya berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, wanita 23 tahun yang juga pekerja kilang dan pasangannya berusia 20-an itu ditemui orang ramai yang menggunakan laluan berkenaan, sebelum menghubungi polis.

Difahamkan, kedua-dua mangsa ditemui terbaring di tempat duduk hadapan dengan lelaki berkenaan di tempat duduk pemandu. Enjin kereta berkenaan masih hidup ketika mereka ditemui.

Sebelum kejadian, lelaki terbabit dikatakan menjemput kekasihnya di rumah keluarganya di kawasan berhampiran pada jam 5 pagi semalam, kononnya mahu menghantar mangsa ke tempat kerja di sebuah kilang elektronik di bandar raya ini.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .