Home » » Abby Melawat Memey

Abby Melawat Memey

Written By Unknown on Sunday, February 10, 2013 | 10:33 PM


Baru sahaja menimang cahaya mata pertama 1 Februari lalu, nampaknya hubungan pelakon Memey Suhaiza dan Abby Abadi semakin baik.

Apa tidaknya, selepas mendapat tahu mengenai kelahiran cahaya mata sulung bekas suaminya bersama Memey, Abby tidak ketinggalan menjenguk pasangan tersebut.

Menerusi laman Instagramnya, Abby turut memuat naik gambarnya bersama anak Memey dan Norman yang diberi nama  Mohamed Darwisz Hakim.

Malah Abby turut memberitahu yang dia akan memanggil bayi tersebut dengan panggilan Darwish.

Dalam pada itu, Abby juga berharap agar hubungan baik mereka sekeluarga akan berkekalan.


Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .