Home » , » Wow!!Tempah Teksi Melalui Televisyen

Wow!!Tempah Teksi Melalui Televisyen

Written By Unknown on Friday, February 22, 2013 | 12:53 AM

APLIKASI telefon pintar TaxiMonger kini menawarkan perkhidmatan interaktif ‘Rent-a-Cab’ iaitu tempahan teksi menerusi  TV, pertama di dunia melalui televisyen Internet (IPTV) Telekom Malaysia Bhd (TM).
Perkhidmatan itu boleh didapati di senarai saluran interaktif HyppTV dan buat masa ini hanya beroperasi di Lembah Klang.
Naib Presiden Eksekutif New Media TM, Jeremy Kung berkata, HyppTV menyediakan perkhidmatan interaktif yang lebih pelbagai dan direka bagi memudahkan rutin harian penonton seperti menyediakan maklumat trafik, jadual penerbangan dan ramalan cuaca.


“HyppTV bukan sekadar hiburan tetapi lebih kepada memastikan penonton sentiasa mendapat maklumat terkini.

“Kini dengan aplikasi terbaru ‘Rent-a-Cab’ yang direalisasikan bersama rakan kongsi kami TaxiMonger, perkhidmatan pertama seumpamanya di Malaysia ini pasti dapat memberi lebih nilai kepada pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TaxiMonger, Nizran Noordin, aplikasi ini dapat memudahkan orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan teksi menerusi HyppTV terutamanya untuk perjalanan ke destinasi biasa seperti lapangan terbang atau ke tempat kerja.

“Orang ramai kini tidak perlu lagi membuat panggilan telefon untuk mendapatkan teksi dan tidak perlu risau jika tidak sempat membuat tempahan. Dengan integrasi bersama HyppTV ini, mereka hanya perlu menonton TV untuk menempah,”katanya.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .