Home » , » Anak jerit dunia nak kiamat

Anak jerit dunia nak kiamat

Written By Unknown on Sunday, February 17, 2013 | 10:14 AM

SUNGAI PETANI, Kedah – “Anak saya hanya sempat jerit memberitahu bahawa dunia dah nak kiamat. Manakala saya hanya sempat melaungkan ‘Allahuakbar’ sebaik menyedari berlaku bencana ketika kami sekeluarga bersedia dengan hidangan makan tengah hari untuk dijamah.”

Demikian luahan mangsa ribut dekat Taman Sri Wang, Sungai Petani, Johari Awang, 42, yang ketika itu berada bersama isteri dan tiga anak di rumah mereka dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari Jumaat lalu.

Menurutnya, itu kejadian pertama menimpa penduduk di perumahan terbabit yang terkejut dengan petanda bunyi cukup kuat seperti kepingan bumbung ditarik, dan dihempas berulang kali sebelum menyedari ribut berlaku.

“Saya sempat keluar dan berdiri di pintu rumah memeriksa kejadian sebelum menyedari ia berpunca daripada pusingan angin di tepi lorong yang kemudian menuju ke arah hujung jalan sebelum hilang dari pandangan,” katanya.

Katanya, akibat kejadian itu, bumbung bahagian luar rumahnya rosak diterbangkan angin namun tetap bersyukur kerana tiada ahli keluarganya yang mengalami kecederaan dalam kejadian ini.

“Kejadian berlaku begitu pantas dalam hanya beberapa saat sahaja. Akibatnya, beberapa kepingan bumbung rosak diterbangkan angin.

“Namun, sebaik sahaja mengetahui ia disebabkan kejadian ribut, kami lega dan mula meninjau keadaan sekitar akibat kerosakan yang berlaku,” katanya.

Turut mengalami kerugian ialah dua rumah sekitar, sebuah kereta dan khemah yang didirikan penduduk turut musnah dalam kejadian.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .