Home » » Lagunya Cukup Diminati - Penyanyinya Kurang Menyerlah

Lagunya Cukup Diminati - Penyanyinya Kurang Menyerlah

Written By Unknown on Thursday, February 7, 2013 | 11:00 PM


NAMANYA mungkin tidak sepopular lagu dendangannya ‘Aku Suka Dia’ yang cukup mesra di kalangan pencinta muzik. Namun gadis berusia 20 tahun tidak mudah berputus asa untuk terus mencipta nama.

Tampil melancarkan kelab peminat sendiri, Ainan Tasneem Fans Club (FC), penyanyi remaja ini berharap ia dapat mendekatkan dirinya dengan peminat.

“Dengan adanya kelab ini, saya boleh buat pelbagai aktiviti bersama peminat.

“Malah segala perkembangan saya juga akan dikongsi bersama peminat,” katanya yang ditemui ketika pelancaran kelab peminatnya itu di Restoran Rebung, Bangsar diadakan baru-baru ini.

Dihadiri lebih 40 peminatnya, Ainan turut membuat persembahan dengan menyampaikan lagu-lagu popularnya seperti Aku Suka Dia dan

Turut beramah mesra dengan peminat, Ainan berharap kariernya terus mendapat sokongan.

"Nyanyian pada mulanya hanyalah sekadar hobi saya. Namun saya tak sangka boleh pergi sejauh ini.

"Namun dalam masa sama, saya tidak mahu mengabaikan pelajaran saya," katanya penuntut Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dalam jurusan Sarjana Kejuruteraan Bioproses.

Bergelar seorang siswazah, Ainan sebolehnya cuba menghindari sebarang kontroversi yang boleh menjejaskan imej baiknya. Bukannya tidak pernah terpalit dengan gosip dan kontroversi, Ainan menganggapnya sebahagian dari lumrah bergelar artis.  

"Apa saja gosip yang timbul sebelum ini, adalah tidak benar. Namun saya tidak menafikan ia sedikit sebanyak menaikkan nama saya," katanya yang bernaung di bawah syarikat rakaman A&R MVM Production.

Terkenal di negara jiran?
 
Yakin dengan bakat dan kemampuan Ainan Tasneem, syarikat rakamannya, A&R MVM mengatur pelbagai strategi untuk menaikkan lagi nama anak jati Kuala Lumpur itu di kalangan peminat tanah air.

Pengurus syarikat rakaman itu, Dexter Koh, berkata, Ainan merupakan penyanyi yang berbakat besar dan pihaknya percaya dia  mampu pergi lebih jauh.

"Selain menyanyi, dia juga memiliki bakat terpendam sebagai komposer mahupun penulis lirik. Malah dia juga berbakat menulis lagu-lagunya sendiri.

"Namun pihak kami akui, dia kurang mendapat publisiti dan kerana itulah orang kurang mengenai Ainan Tasneem, sedangkan lagu-lagunya cukup popular di corong radio," katanya yang kini giat mempromosikan lagu terbaru Ainan berjudul Luka.  

Dextor mendedahkan, bukan mudah untuk pihaknya memujuk Ainan menjadi artis rakaman mereka.  

"Kami terpaksa menghubungi Ainan berkali-kali kerana dia pada mulanya tidak berminat.

"Ketika itu dia mahu memberi perhatian sepenuhnya dalam pelajaran," katanya.  

Tidak menunggu masa yang lama, Ainan bagaimanapun bersetuju untuk menyertai syarikat rakamannya setelah perbincangan dilakukan bersama keluarganya.

"Sangkaan kami terhadap kebolehan Ainan memang tepat apabila lagu pertamanya, 'Aku Suka Dia ' tidak mengambil masa yang lama untuk diminati pendengar tanah air.

"Sehingga kini lagu itu sering diputarkan di radio-radio tempatan dan berjaya menembusi beberapa carta lagu, termasuk di Singapura dan Indonesia.  

"Ini menunjukkan Ainan mempunyai potensi dalam nyanyian, " kata Dextor.

Ainan Tasneem Redzuan
Nama gelaran: Ainan
Tarikh Lahir: 4 November (berumur 20 tahun)
Pendidikan: Penuntut jurusan Kejuruteraan Bioproses, Universiti Malaysia Perlis (UniMap)
Kediaman: Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Hobi: Menyanyi dan bermain gitar









Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .