Home » » Apa Watak Jadilah

Apa Watak Jadilah

Written By Zanuddin Yaacob on Monday, February 11, 2013 | 12:52 AM


KARIER wanita ini bermula sekitar 1986 di mana ketika itu dia masih bergelar gadis remaja.

Popular di kaca televisyen Australia menerusi drama Hey Dad, Brides of Christ, E Street dan Home, siapa sangka pelakon kelahiran England ini mampu mencipta nama sehingga usianya sudah menginjak ke angka 44 tahun.



Mengimbas sejenak pembabitannya dalam industri seni Hollywood, pada awalnya dia sekadar gadis biasa yang hanya menjadi pelengkap bagi sesebuah drama atau filem yang dilakonkannya.


Sinonim watak pembantu ketika itu, bintang filem King Kong ini tidak pernah merungut tawaran diterima.

Bahkan dia selesa menjadi pelakon pembantu dalam setiap drama dan filem yang dibintangi, lebih-lebih lagi ketika itu, dia terpaksa berulang alik dari Australia ke Los Angeles untuk meneruskan kariernya sebagai pelakon.

Malah, kesempitan hidup yang dialaminya turut memaksa bekas penuntut Sekolah Tinggi North Sydney Girls ini supaya tidak memilih watak sebaliknya terima sahaja tawaran lakonan yang diberikan,


Namun, ketabahannya bergelar pelakon pembantu akhirnya berbaloi apabila aktres diberi nama Naomi Ellen Watts atau nama layarnya, Naomi Watts diangkat bintang filem terkenal hari ini.

Bermula dengan filem Bermuda Triangle sebagai Amanda, Watts memainkan peranan sebagai pembikin dokumentari. Lakonannya yang berkesan   berjaya menaikkan namanya di persada seni.

Selepas itu, Watts akhirnya menjadi rebutan pengarah dan muncul menerusi pelbagai filem seperti The Postman, Meet the Parents, Dangerous Beauty dan Sleepwalkers.

The Ring beri impak

Melihat kepada kebolehannya dalam membawa kepelbagaian watak yang diberikan, rata-rata peminat seni mengakui Watts mempunyai personaliti yang tersendiri jika dibandingkan dengan rakan seperjuangannya, Nicole Kidman.

Meski pun, Kidman dikenali kerana kejelitaannya, namun berbeza bagi Watts.

Masih mempunyai wajah yang mempesona, namun Watts antara aktres terkenal dengan kehebatannya menggalas pelbagai watak diberikan.

Ini terbukti menerusi setiap filem yang dibintanginya, dia boleh menjadi seorang penerbit dokumentari, wanita yang kelakar, romantis dan seorang lesbian.

Pun begitu, dalam banyak-banyak watak yang dilakonkan oleh bintang filem Mulholland Drive ini, lakonannya sebagai Rachel Keller menerusi filem seram, The Ring, masih melekat di hati penonton sehingga kini.

Malah ia diakui sendiri oleh Watts, menjadi Rachel bukanlah semudah disangka.

"Ia sebuah filem seram yang memerlukan saya bermain dengan ekspresi wajah serta emosi.

"Bayangkan saya menjadi seorang ibu yang juga wartawan dalam masa yang sama. Ketika itu, saya perlu menyiasat mengenai kematian dan kehilangan insan tersayang.

"Ia sangat sukar, namun saya gembira kerana mampu melakukannya dengan baik," katanya turut diberikan anugerah aktres terbaik Saturn Award kerana watak tersebut.
Jadi mangsa 'tsunami'

Tidak pernah kosong dengan buah tangan terbaru setiap tahun, pelakon filem Fair Game ini kembali semula ke layar perak menerusi filem The Impossible tahun ini.

Bergandingan bersama aktor terkenal, Ewan McGregor, filem tersebut mengisahkan mengenai sebuah keluarga Sepanyol, Maria Belon lakonan Watts dan suaminya, Enrique Alvarez (McGregor) bersama tiga anak mereka yang terperangkap dalam bencana Tsunami ketika bercuti di negara tersebut.

Menarik mengenai filem ini, pada awalnya, Watts ragu-ragu menerima untuk berlakon menerusi filem itu kerana baginya adalah mustahil melakonkan filem yang dia sendiri tidak tahu bagaimana perasaan menjadi mangsa bencana tersebut.

Namun setelah membaca skripnya, dia berubah fikiran dan berfikir dia perlu merebut peluang tersebut kerana satu  cabaran besar baginya untuk menjadikan ia realiti dan hidup di mata penonton.

"Saya agak tertekan kerana bertanggungjawab menghidupkan watak Maria berdasarkan kisah sebenar keluarga ini," katanya yang menerima pelbagai pencalonan anugerah di Hollywood seperti Golden Globes, Academy Awards, Screen Actors Guild dan Broadcast Film Critics Association menerusi filem ini.

The Impossible, filem yang baru ditayang di pawagam seluruh Malaysia bermula 17 Januari lalu ini mendapat sentuhan pengarah, J A Bayona.

Menelan belanja RM138 juta sebagai kos pembikinan, filem ini bagaimana pun berjaya mengutip RM399 juta sepanjang ia ditayangkan di Hollywood.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .