Home » » Cerita Lucu Kini Kembali

Cerita Lucu Kini Kembali

Written By Unknown on Monday, February 11, 2013 | 12:36 AM


Filem berlatar belakangkan Kampung Pisang cukup sinonim dengan pengarah filem terkenal, Mamat Khalid.

Justeru, selepas mencetuskan fenomena menerusi Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKBR), Mamat kini mempertaruhkan Hantu Kak Limah 2: Husin Mon dan Jin Pakai Toncit.
Sudah ditayangkan sejak 7 Februari itu, filem ini mengekalkan Awie dan Shy 8 (Usop Wilcha), selaku teraju utama dan turut di bantu oleh penduduk Kampung Pisang yang lain seperti Delimawati, Rashidi Ishak, Allahyarham Zami Ismail, Zainuri Misfar dan ramai lagi.

Bagaimanapun, persoalan yang muncul di benak ramai, mampukah Mamat mengekalkan komedi yang sama seperti HKBR dan menyaingi kutipan filem itu nanti?


"Harus difahamkan, saya tidak mahu kita menyaksikan satu lagi Hantu Kak Limah Balik Rumah. Kalau saya mengulang lagi lawak-lawak dan cerita yang sama kuranglah karya, tetapi roh Kampung Pisang, roh komedi itu dikekalkan.

“Saya harap penonton akan rasa ‘sense of belonging’ dengan ‘keluarga’ Kampung Pisang. Apabila dah kenal, saya tak perlu ulang lagi dalam bentuk dialog atau lenggok badan,” katanya.

Menurut Mamat, Hantu Kak Limah 2 bukanlah filem ulangan dan kelainan turut disuntik menerusi jalan penceritaan yang memberi nafas baru kepada kesinambungan filem ini.

“Saya cuba buat lebih segar daripada Hantu Kak Limah Balik Rumah, sebab itu watak Kak Limah minor sahaja dalam filem kali ini.

“Penonton mahukan kelainan dan saya takut penonton sudah mula muak, jadi saya suntikkan kesegaran dalam episod Kampung Pisang,” katanya yang menggunakan 20 peratus teknik janaan imej dalam filem ini.


Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .