Home » , » Gangnam Style ala Gaza

Gangnam Style ala Gaza

Written By Zanuddin Yaacob on Sunday, February 17, 2013 | 1:48 AM

Dalam usaha membendung kesedihan akibat ditindas tentera Yahudi, sekumpulan  pemuda  Gaza menari ala Gangnam Style yang dipopularkan penyanyi Korea, Psy dan merakamnya menerusi telefon berkamera.

Memetik laporan sebuah blog, Hidayatullah.com tarian itu diberi nama  'Gangnam Gaza Style' tetapi  ia bukan sekadar hiburan semata-mata. Sebaliknya  kumpulan pemuda berkenaan telah menyelitkan tarian itu dengan mesej kesedihan penduduk Palestin yang berterusan ditindas rejim Zionis.

“Mesejnya adalah mengenai penderitaan kami, tahanan, pengangguran dan semua masalah  kami,” kata salah seorang anggota kumpulannya, Walid Afghani.

Semua kesulitan warga Palestin digambarkan melalui tarian itu.  Misalnya, ada satu keadaan  di mana mereka sedang menolak sebuah kereta kerana kehabisan minyak.  Sambil meniru pergerakan Gangnam Style, setibanya di stesen minyak,  ternyata bahan bakar tidak ada.
Satu lagi pergerakan mereka  beramai-ramai menuju mesin ATM, tapi  pada mesin wang itu tidak ada wang. Begitulah antara gambaran kehidupan penduduk Palestin yang mereka adaptasikan mengikut pergerakan tarian Gangnam Style.

Secara menyeluruh, mesej itu bermaksud apapun tekanan hidup di bawah penjajahan Zionis Yahudi tidak selamanya harus dihadapi dengan tangisan oleh penduduk Palestin.

Dalam perkembangan lain, dua pemuda Palestin, luka parah  akibat tembakan tentera Zionis di timur Bethenun, sebelah utara Semenanjung Gaza.

Berdasarkan laporan Pusat Informasi Palestin, jurucakap jabatan kesihatan Palestin di Gaza, Asyraf Al-Qudrah memberitahu, salah seorangnya telah ditembak di dada dan kini diberi rawatan rapi di hospital  Al-Syifa,  Gaza kerana keadaannya yang kritikal.  Sementara seorang lagi mangsa diberi rawatan di hospital Bethanun.

Tentera Zionis turut melancarkan serangan ke atas petani di beberapa ladang termasuk tepi pagar sempadan dan tindakan mereka itu mencabul perjanjian gencatan senjata yang dibuat November tahun lalu.

Nampaknya kisah penderitaan di Palestin tidak berkesudahan. Satu demi satu ditimbulkan puak penjajah itu. Sampai bilakah ia akan berakhir? Hakikatnya, Israel tidak pernah mahu berhenti daripada melakukan kerakusan. Dan sanggupkah kita di sini sekadar memerhati segala tindakan zalim mereka itu?

Justeru, apa usaha kita membantu penduduk Palestin? Hulurkanlah bantuan ke Tabung Kemanusiaan Gaza – Sinar Harian. Sumbangan boleh disalur ke akaun Maybank Sinar Karangkraf tertera. Atau boleh juga hubungi Sekretariat Sinar Harian, di talian 03- 51013888.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .