Home » , » Isu Kalimah ALLAH: PR tetap dengan pendirian

Isu Kalimah ALLAH: PR tetap dengan pendirian

Written By Unknown on Monday, February 18, 2013 | 9:31 AM

GEORGETOWN - Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh sekali lagi bertegas bahawa Pakatan Rakyat (PR) tetap berpegang kepada keputusan yang diputuskan pada 8 Januari lalu berhubung isu kalimah ALLAH.

Katanya, sehingga kini tiada perubahan keputusan Mesyuarat Pemimpin Tertinggi PR yang dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Majoriti 2/3 (DAP dan PKR) tetap dengan pendirian yang sama. Walaupun, Pas menukar pendirian bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas iaitu ALLAH tidak boleh digunakan.

“Majlis Syura ulama Pas adalah satu bahagian kecil dan tidak mewakili majoriti. Keputusan Majlis Syura tidak boleh atasi keputusan yang diumumkan ketiga-tiga pemimpin utama PR,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan Pas akan keluar daripada PR sekiranya kerjasama antara PKR dan DAP rugikan agama Islam dan orang Melayu.

“Pas keluar PR ‘jika’ kerjasama merugikan... perkataan ‘jika’ merupakan spekulasi, saya tidak pasti adakah Abdul Hadi berkata demikian. Adakah wartawan membuat liputan mempunyai bukti bahawa Abdul Hadi berkata demikian?

Ketika ditanya, adakah beliau mempertikai kesahihan laporan media kelmarin, beliau berkata:

"Saya tidak percaya Abdul Hadi berkata demikian, saya tidak pasti adakah laporan ini berasas. Saya perlu menghubungi Abdul Hadi untuk mendapatkan pengesahan," katanya.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .