Home » , » Lancar Koleksi Fesyen Peribadi - Rihanna

Lancar Koleksi Fesyen Peribadi - Rihanna

Written By Unknown on Monday, February 18, 2013 | 7:28 PM


LONDON - Penyanyi sensasi, Rihanna melancarkan koleksi fesyen peribadi pertamanya untuk jenama River Island pada Minggu Fesyen London kelmarin.
Ia merupakan koleksi pakaian dan aksesori sulung penyanyi lagu Diamonds itu.
Pakaian-pakaian tersebut diperagakan oleh sekumpulan model di sebuah pentas bertingkat.
Kekasihnya, penyanyi rap Chris Brown turut muncul seketika di akhir peragaan untuk memberi penghormatan di pentas.
River Island yang ditubuhkan pada tahun 1948 memiliki lebih 300 buah butik di United Kingdom dan terkenal dalam kalangan pelanggan muda.
"Saya menyukainya. Ia seperti Rihanna, terdapat nama Rihanna pada semua koleksi itu," kata seorang model dari Los Angeles, Tolula Adeyemi pada majlis tersebut.
Penyanyi kelahiran Barbados berusia 24 tahun itu sebelum ini pernah bekerjasama untuk iklan jenama pakaian Armani Jeans pada tahun 2011. - Reuters

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .