Home » , » Lebih 400,000 ayam dihapus

Lebih 400,000 ayam dihapus

Written By Unknown on Sunday, February 17, 2013 | 11:12 AM

CELAYA - Sebanyak 486,000 ekor ayam telur dimusnahkan di Mexico susulan tersebarnya wabak selesema burung di tengah Guanajuato.

Menurut pegawai, keputusan diambil selepas pihak pengeluar ayam itik, Bachoco melaporkan wujudnya kes jangkitan selesema H7N3 di lima ladang ternakan sejak Rabu lalu.

"Sejurus mendapat laporan, pihak kementerian kesihatan melakukan pemeriksaan dan mendapati ianya benar.

"Usaha tersebut dilancarkan bagi mencegah wabak merebak ke tempatan lain," kata pegawai.

Tahun lalu, wabak selesema burung merebak ke kawasan barat Jalisco sekali gus menggesa penternak menyembelih lebih 22 juta ayam telur betina.  - AFP

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .