Home » » Menang Besar - Strategi Menjadi

Menang Besar - Strategi Menjadi

Written By Unknown on Wednesday, February 6, 2013 | 8:33 AM



SKUAD  Harimau Muda A mencatat kemenangan    besar apabila membelasah pasukan Bawah 18 tahun Akademi Sukan Queensland 7-0 pada perlawanan terakhir Jelajah Australia di Kompleks Sukan Carrara, Queensland, Australia hari ini.
Sebelum ini, Harimau Muda A mencatat dua kemenangan dengan menumpaskan dua pasukan Liga Perdana Australia (APL) iaitu Palm Beach Sharks 5-1 dan Brisbane Lions SC 2-1 sebelum kalah 1-2 kepada Brisbane Olympic pada perlawanan ketiga.
Pada perlawanan hari ini, skuad bimbingan Ong Kim Swee selesa mendahului 3-0 pada separuh masa pertama menerusi dua jaringan Rozaimi Abdul Rahman pada minit ke-22 dan 43 manakala Ferris Danial Mat Nasir menyumbangkan satu gol pada minit ke-40.
Skuad bawah 23 tahun kebangsaan itu, menambah derita pasukan lawan dengan empat lagi gol pada babak kedua menerusi S. Sivanesan (minit ke-52), sepakan penalti oleh A. Thamil Arasu (ke-75) dan dua gol menerusi penyerang tinggi  lampai, Izzaq Faris Ramlan masing-masing pada minit ke-64 dan 88.
Sementara itu, Kim Swee dalam twitternya berkata Pengarah Kejurulatihan Queensland yang mengatur perlawanan itu menjelaskan terdapat penukaran pasukan di saat akhir.
Skuad Kim Swee sepatutnya menentang juara Liga Australia (A-League) 2010/2011, Brisbane Roar pada perlawanan persahabatan terakhir hari ini.
"Kami hanya dimaklumkan bahawa kami tidak akan bertemu dengan Brisbane Roar sebelum perlawanan bermula. Kami juga terkejut dengan perkara ini.
"Pihak ejen dan Pengarah Kejurulatihan Queensland memaklumkan kepada saya mereka akan menghantar surat rasmi memohon maaf kepada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia)," katanya.
Pasukan bawah 23 tahun kebangsaan itu yang dalam rangka persiapan untuk  mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Myanmar, hujung tahun ini dijangka   bertolak ke Slovakia untuk menjalani latihan intensif selama lima bulan di sana.
Sepanjang berada di negara berkenaan bermula 15 Mac hingga Ogos, skuad Harimau Muda A turut dijadual mengadakan 15 perlawanan persahabatan.
Sekembalinya dari Slovakia, pasukan berkenaan dijangka menyertai Pesta Bola Merdeka di Kuala Lumpur dan Piala Thanh Nien di Vietnam. - Bernama

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .