Home » , » Najib gagal bendung pengubahan wang haram, dakwa Anwar

Najib gagal bendung pengubahan wang haram, dakwa Anwar

Written By Unknown on Monday, February 18, 2013 | 9:37 AM

PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan negara akan ditimpa satu musibah besar sekiranya masalah pengubahan wang haram tidak ditangani segera.

"Selagi rasuah, penyelewengan, tiada disiplin dan tatakelola telus, kedudukan ekonomi tidak dapat dipacu dengan lebih meyakinkan dan nasib rakyat tak dapat dibela," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Menurut Anwar, peningkatan tiga kali ganda jumlah pengaliran keluar wang haram ini pada 2010 membuktikan kegagalan pimpinan Najib mengendalikan dasar ekonomi negara dengan telus.

"Jumlahnya meningkat 111 peratus. Dari AS$30.41 bilion pada 2009 atau RM94.27 bilion meningkat kepada AS$64.38 bilion atau RM199.58 bilion pada 2010," ujar beliau.

"Bagaimana Datuk Seri Najib hendak pertahankan rekod pengurusan ekonomi dengan peningkatan hutang yang besar RM540 bilion dalam masa yang sama pengaliran keluar yang menjadi rekod dunia bagi satu ekonomi yang dianggap kecil berbanding ekonomi besar yang lain.

"Selepas empat tahun menjadi Menteri Kewangan, yang beliau hanya boleh menggunakan media untuk menyerang dan tidak boleh menjawab isu pokok bila isu RM500 bilion hutang yang dikeluarkan daripada negara itu langsung tidak disentuh," ujar Anwar.

Tambahnya, PKR memandang serius sikap "acuh tidak acuh" Najib dan pentadbirannya dalam menangani masalah aliran keluar wang haram ini.

"Hari ini saya akan menulis surat kepada Tan Sri Zeti Akhtar, Gabenor Bank Negara, Global Financial Integrity (GFI) dan Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat untuk menjemput mereka menganggotai wacana membanteras aliran keluar wang haram yang dijangka diadakan dalam bulan Januari 2013," jelas Anwar.

Tegasnya lagi, beliau percaya negara memerlukan pendekatan membina untuk menyelesaikan masalah ini.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .