Home » » Peluang Berniaga Francais

Peluang Berniaga Francais

Written By Unknown on Monday, February 11, 2013 | 1:05 AM



BESUT - Peserta Program Jelajah Francais 1Malaysia bakal menikmati kemudahan pembiayaan kewangan terus tanpa cagaran sekiranya ingin menjalankan perniagaan dalam bidang francais di negara ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Jelajah Francais 1Malaysia, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, sejak dilancarkan tahun lalu, 5,000 orang menyertai  program ini.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 100 orang telah menghantar permohonan untuk menyertai perniagaan sistem francais.

“Mereka yang menyertai program ini mendapat kemudahan pinjaman untuk memulakan perniagaan dengan bantuan mikro kredit serendah RM50,000 melalui Perbadanan Nasional Berhad (PNB),” katanya.

Sohaimi berkata, tujuan utama program itu untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda menceburi perniagaan francais.

“Kita juga galak penuntut institusi pengajian tinggi awam atau swasta menjadikannya platform perniagaan dan pendedahan akan diberikan kepada golongan ini melalui program My Francais At College,” katanya.

Beliau berkata, Terengganu adalah negeri kedua terakhir siri jelajah ini sebelum program terakhir di Sabah selepas ini.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .