Home » , » Peluang menang Proton Saga

Peluang menang Proton Saga

Written By Unknown on Saturday, February 16, 2013 | 11:08 PM


KUALA LUMPUR - Anak-anak Kelantan yang hadir ke Himpunan Perdana Anok-Anok Kelate di Perantauan 2013 pada Ahad ini berpeluang untuk membawa pulang sebuah Proton Saga FLX 1.3.
Pengarah program berkenaan, Datuk Dr. Mohd. Kaisan Ab. Rahman berkata, kereta tersebut merupakan sebahagian daripada hadiah cabutan bertuah bernilai RM75,000 yang ditawarkan kepada mereka yang hadir.
Selain kereta, pihaknya juga turut menawarkan dua buah motosikal Momos bernilai kira-kira RM6,800 setiap satu dan juga hadiah-hadiah lain.
"Berdasarkan maklum balas yang kami terima, dijangka lebih 16,000 anak-anak Kelantan akan hadir pada himpunan itu," katanya ketika ditemui semasa melawat lokasi program berkenaan di Stadium Putra Bukit Jalil di sini semalam.
Tambah Mohd. Kaisan, pelbagai aktiviti telah disusun sempena program itu seperti pertandingan paintball, street soccer dan dikir barat
Antara artis yang akan membuat persembahan ialah Black, Nash, Jay Jay, Aisyah AF, Ain AF, Zizi AF dan Akmal AF.
"Acara kemuncak himpunan tersebut adalah amanat khas daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," tambahnya.
Himpunan kali kedua itu akan bermula pukul 9 pagi hingga 6.30 petang diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan sesama warga Kelantan di sekitar Lembah Klang tanpa mengira fahaman politik.
Sesiapa yang berminat khususnya anak-anak Kelantan boleh menghubungi talian 03-4257 7009.


Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .