Home » , » Teater Asmara Songsang kupas isu LGBT

Teater Asmara Songsang kupas isu LGBT

Written By Unknown on Friday, February 15, 2013 | 1:47 AM

TEATER muzikal terbaru, Asmara Songsang bukan saja akan dipentaskan di Istana Budaya bulan depan, malah bakal dipentaskan di 12 negeri di seluruh Malaysia secara percuma.
Menurut penerbit teater itu, Norazman Huasain Sahib Marican, pihaknya mempunyai tempoh tujuh bulan untuk melaksanakan perancangan tersebut sehingga hujung tahun ini
.
"Kami merancang untuk membawa teater ini ke 12 negeri sehingga hujung tahun ini. Jadi, ia tidak terhenti di sini (Istana Budaya)... kami ada tempoh tujuh atau lapan bulan untuk laksanakan," katanya pada sidang media Teater Muzikal Asmara Songsang di Kuala Lumpur, hari ini.
Dalam pada itu, pengarah teater tersebut, Rahman Adam berkata, idea teater itu tercetus ekoran gejala sosial melibatkan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang semakin meruncing di Malaysia

"Saya terpanggil untuk buat sesuatu sebagai karyawan seni untuk menentang isu LGBT yang telah masuk ke dalam masyarakat kita sehingga ke murid sekolah.

"Untuk merealisasikan itu, maka terbentuklah teater ini. Ia bawa mesej yang sangat kuat kepada masyarakat," katanya.
Mengulas soal pementasan teater tersebut secara percuma, Rahman berkata, teater tersebut bukan untuk mengaut keuntungan.

"Teater ini percuma, bukan untuk kaut keuntungan tetapi sebagai amal jariah.
"Kami mahu menyedarkan masyarakat belia dan ibu bapa tentang gejala ini," katanya yang menulis skrip teater muzikal itu hanya dalam seminggu.

Pementasan 100 minit itu dibarisi pelakon hebat seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Razak Ahmad, Radhi Khalid, Kamal Adli dan Julia Ziegler.
Sementara itu, Rahman berkata, teater muzikal tersebut juga akan difilemkan tahun ini.

"Teater ini akan difilemkan tetapi mungkin jalan ceritanya akan diubah sedikit ikut kesesuaian," katanya.

Teater Muzikal Asmara Songsang akan bermula dengan pementasan di Istana Budaya pada 1 dan 2 Mac ini.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .