Home » , » Cerita Lawak Mendapat Kutipan RM 1.1 Juta - Lawak Ke Der 2

Cerita Lawak Mendapat Kutipan RM 1.1 Juta - Lawak Ke Der 2

Written By Unknown on Tuesday, March 12, 2013 | 9:06 AM

Cerita lawak mengegarkan pawagam setelah mendapat sambutan yang menberansangkan..baharu 4 hari ditayangkan sudah mendapat  rm1.1 juta...

PERCUBAAN pertama Tall Order Productions membawa lawak pentas ke pawagam menerusi filem Lawak Ke Der 2 mencatatkan kutipan RM 1.1 juta setelah empat hari tayangan.

Pengarah Lawak Ke Der 2, Hans Isaac tidak menyangka sambutan yang diterimanya sebaik itu.

“Sambutan agak baik untuk genre filem baru dan saya pun tak sangka. Percubaan kami berjaya. Malah, bagi saya sebelum jual lagi, filem ini sudah berjaya.

“Empat hari tayangan sudah mencapai RM1.1 juta, jadi, kos promosi RM500,000 itu memang berbaloi,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Sebelum ini, Hans akui bingung untuk mengklasifikasikan genre filem terbaru arahannya itu ekoran filem tersebut pertama kali diterbitkan di Malaysia.

Dalam pada itu, Hans memberitahu menerima banyak maklum balas positif daripada peminat di laman mikro Twitternya.

“Penonton masih ketawa sehingga ke luar dari panggung malah apabila mereka teringat kembali adegan dalam Lawak Ke Der 2, mereka ketawa lagi.

“Di Twitter juga ramai yang memberi maklum balas. Boleh tengok di Twitter saya,” katanya.

Ketika ditanya sama ada akan menghasilkan filem serupa pada masa akan datang, Hans menjawab, “tak tahu lagi. Kena tengok secara keseluruhan.

Jika memberangsangkan, boleh teruskan.”

Hans juga merancang untuk melihat sendiri sambutan di pawagam.

“Kami pergi mana-mana pawagam untuk melihat sendiri... beli tiket. Tengok bagaimana jualan kerana pawagam memberi kami angka sahaja,” katanya.
Lawak Ke Der 2 dibintangi Jozan, Boboi, Harith Iskander dan Nabil Ahmad.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .