Home » » Sasar Jualan 2 Juta

Sasar Jualan 2 Juta

Written By Unknown on Monday, February 11, 2013 | 1:29 AM


KUALA LUMPUR - Touch 'n' Go Sdn Bhd (TNGSB), penyedia sistem pembayaran elektronik, mensasar dapat menjual dua juta kad tahun ini daripada 1.3 juta yang dijual pada 2012, dipacu terutamanya oleh peningkatan dalam kadar penembusan.
   
Ketua Pegawai Eksekutif TNGSB Abdul Karim Md Lassim berkata peningkatan dalam penembusan menunjukkan lebih banyak pelanggan kini menyedari tentang sistem e-pembayaran, di samping lebih bersedia dan yakin menggunakannya.


"Kami juga yakin dapat mencapai sasaran ini dengan adanya lebuh raya baru dan yang tersedia bagi kawasan yang ada Transit Aliran Ringan (LRT), yang kini lebih banyak pelanggan menggunakannya.
   
"Inisiatif lain dalam perancangan termasuk meningkatkan pusat tambah nilai bagi memudahkan pelanggan. Touch 'n' Go mempunyai 6,000 pusat tambah nilai di seluruh Malaysia," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan cek kepada rumah kebajikan di sini hari ini.
   
TNGSB mengagihkan RM10,000 setiap satu kepada tiga rumah kebajikan bagi menandakan berakhirnya jualan kad reka bentuk khas Touch 'n' Go Cares.
   
Touch 'n' Go Cares, program pemasaran kebajikan khusus dilancarkan pada Julai tahun lepas dengan TNGSB menawarkan 10,000 keping kad dengan reka bentuk
khas kepada pelanggan pada RM10 setiap satu.
   
Bagi setiap kad yang dijual, RM3 dikumpul untuk dana kebajikan yang akan dibahagikan sama rata kepada tiga rumah kebajikan iaitu Darul Ukhwah, Pusat Jagaan Nur Hasanah dan Yayasan Chow Kit.  - Bernama


Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .