Home » , » Jom !! Try Berger Bakar Yang Enak Di Kota Bharu

Jom !! Try Berger Bakar Yang Enak Di Kota Bharu

Written By Unknown on Wednesday, March 20, 2013 | 8:31 AM

Wah !! Semakin dekat untuk merasakan keenakan berger Rawang ini kepada orang pantai timur..

KOTA BHARU - Bagi peminat Rawang Burger Bakar (RBB), yang terutamanya terkenal di ibu negara, kini boleh menikmati keenakan burger itu di negeri ini, apabila cawangan terbaharunya beroperasi di sini.

Pengurus cawangannya, Rashdan Awal berkata, Cawangan RBB yang mulai beroperasi dari jam 5.30 petang hingga 12 tengah malam sejak empat bulan lepas di Jalan Long Yunus di sini, kini menjual lebih 200 burger setiap hari.

"Alhamdulillah, sambutan dari peminat RBB ini semakin menggalakkan dan kami kini merancang membuka lebih banyak cawangannya di Kelantan."

"Kami bercadang membuka cawangan RBB di Gua Musang, Kok Lanas (Kota Bharu) dan Tanah Merah yang kami rasa mempunyai peluang terbaik untuk meluaskan lagi pasarannya," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Sejak diperkenalkan dua tahun lalu, kira-kira 50 cawangannya telah dibuka di seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak, dengan menawarkan 11 varieti menu, iaitu Hot Shot, Hot Chic, Chicken Pop, Isabella,  Burgembira, KLCC, Ombak Rindu, Madu Tiga, Double Riang, Valentines dan K. Pop.

Harganya bermula dari RM7 hingga RM20 bagi setiap satu dan burger yang paling terkenal adalah KLCC manakala K. Pop pula adalah untuk peminat daging kambing.

"Istimewanya RBB ini kami membakar dagingnya menggunakan arang dan minyak zaitun beserta ramuan tertentu yang semestinya baik untuk kesihatan dan kurang kolesterol, yang menggunakan daging tempatan sahaja," katanya.

Sementara itu, bagi menghargai sukan bola sepak tempatan, cawangan RBB itu  akan memberi burger percuma kepada peminat "The Red Warriors" pada setiap kali ada perlawanan bolasepak di sini.

"Kami memberikan burger Hot Shot secara percuma selama sejam bermula jam 6.00 petang dan peminat mesti memakai jersi The Red Warriors untuk mendapatkan burger kami," katanya.- Bernama

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .