Home » , » Jun Ini Aku Nak Kahwin - Pierre Andre

Jun Ini Aku Nak Kahwin - Pierre Andre

Written By Unknown on Wednesday, March 6, 2013 | 4:23 PM


Pelakon dan pengarah berbakat besar, Pierre Andre atau nama sebenarnya, Mohd Pierre Andre Nazrul Andre, 28, tidak mahu menunggu lama dan memilih Jun ini untuk melangsungkan perkahwinannya.

Menurut Pierre, dia tidak mahu melengahkan pernikahan dengan tunangnya, Siti Nurhidayah Hashim, 25, kerana mahu menggelakkan fitnah.

"Saya rasa, saya perlu bernikah secepat mungkin agar hubungan kami tidak diperkatakan. Bila kami tidak ada ikatan yang sah, orang akan mudah menilai kami.
"Jadi bagi menggelakkan fitnah di kemudian hari, saya rasa elok pernikahan kami di segerakan dan Insya-ALLAH jika tiada aral melintang, ia akan berlangsung bulan Jun ini," ujarnya yang ditemui pada majlis pratonton Cerita Kita di TGV Sunway Piramid, kelmarin.
Menerusi filem tersebut, Pierre bertindak sebagai pengarah dan ia merupakan filem ke-10 arahannya.

Pierre berkata, segala urusan persiapan pernikahan sudah pun mula dilakukan dan hanya pernikahan yang akan dijalankan dulu, Jun ini. Manakala majlis resepsi pula akan berlangsung selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Perkara utama dalam sesebuah perkahwinan adalah pernikahan. Saya akan jemput dan beritahu tarikh pernikahan dalam masa terdekat ini kepada media.
"Saya faham, sebagai selebriti, saya amat memerlukan pihak media bagi memaklumkan peminat dan masyarakat di luar sana mengenai perkahwinan saya," ujarnya.

Ditanya tentang tindakannya merahsiakan ikatan pertunangannya pada Februari lalu, Pierre menegaskan, dia tidak mempunyai niat untuk menyembunyikan perkara baik itu.

“Sejak dari awal perancangan, saya memang mahu buat hanya di antara keluarga sahaja kerana ia cuma majlis pertunangan. Tapi dengan kecanggihan teknologi, orang boleh memuat naik gambar dengan begitu pantas," katanya yang mengenali tunangnya sejak setahun lalu.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .