Home » , » Produk Baru - BlackBerry Z10

Produk Baru - BlackBerry Z10

Written By Unknown on Friday, February 22, 2013 | 1:00 AM

BlackBerry menyasar untuk meningkatkan kedudukannya ke tempat kedua menjelang akhir tahun dengan pengenalan enam produk baru tahun ini.
Tahun lepas syarikat berada pada kedudukan ketiga di kalangan peserta telefon pintar di Malaysia.
Pengarah Negara Blackberry Malaysia Annamalai Muthu berkata, dengan pelancaran BlackBerry Z10 yang baru di Malaysia hari ini, BlackBerry boleh mewujudkan pengalaman pengkomputeran mudah alih baharu yang unik.
"BlackBerry Z10 dikuasakan oleh platform BlackBerry 10 dengan kira-kira 17,000 aplikasi, termasuk lebih 100 aplikasi boleh diakses oleh pengguna tempatan," kata beliau kepada pemberita pada majlis pelancaran hari ini.
Annamalai berkata kriteria lain yang ditawarkan BlackBerry Z10 adalah panggilan video dan sistem taip maju.
 Beliau berkata syarikat juga melihat potensi telefon pintar dengan pad kekunci daripada skrin sentuh semuanya memandangkan masih terdapat kira-kira 25 peratus pengguna berminat menggunakan telefon pintar dengan pad kekunci dan syarikat mahu menumpukan kepadanya.
Beliau berkata BlackBerry Q10 dengan pad kekunci akan diperkenalkan pada Jun.
Ditawarkan dalam dua warna, hitam dan putih, harga BlackBerry Z10 ialah RM2,188 dan akan berada di pasaran tidak lama lagi.
BlackBerry Z10 akan boleh didapati di pengedar sah -- Maxis pada 9 Mac, dengan program prapendaftaran esok.
Telefon berkenaan juga boleh didapati daripada Celcom dan DiGi pada 8 April. - Bernama

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .