Home » , » Nantikan Kemunculan Hebat - Tanda Putera

Nantikan Kemunculan Hebat - Tanda Putera

Written By Unknown on Thursday, March 21, 2013 | 8:06 PM


Tarikh yang tepat bagi mengelakkan daripada kesibukan pilihan raya..
FILEM kontroversi Tanda Putera hanya akan ditayang selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Pengarahnya, Datuk Shuhaimi Baba berkata, penangguhan dibuat kerana tidak mahu ia dikaitkan dengan kontroversi yang ditimbulkan beberapa pihak.

Menurutnya, filem genre sejarah itu seharusnya menjadi tauladan tetapi disalahertikan.
“Saya sebenarnya tidak pasti mengapa filem ini perlu dijadikan bahan kontroversi sedangkan sepatutnya filem adalah untuk disayangi.

“Saya masih tidak mendapat tarikh tayangan sebenar, tetapi saya minta untuk ditangguhkan selepas PRU13,” katanya pada Wacana Seni: Hak Karya Kita- Memelihara Karya Produk Kreatif anjuran pelajar Penulisan Kreatif Fakulti Filem, Teater dan Animasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, petang tadi.

Katanya, filem sejarah itu dibuat bukan untuk mencetuskan sebarang kontroversi, sebaliknya sebagai pelajaran untuk semua.

"Saya tidak pasti mengapakah ada pihak yang tidak berpuas hati. Segala bahan cerita saya dapat daripada sumber sahih dan meneliti bahan rujukan dari London serta daripada mereka yang masih hidup di zaman itu.

"Ada yang mengatakan mengapa perlu diwujudkan watak seorang Cina menjadi pembantu rumah kerana ia dianggap meletakkan golongan itu kelas kedua sedangkan pembantu rumah itu masih hidup lagi.
"Filem saya sudah melepasi tapisan dan ada juga babak yang telah dipotong, jadi saya tidak fikir mengapa ada pihak boleh membuat andaian dan dakwaan sebegitu terhadap karya saya yang dihasilkan hampir dua tahun," katanya.  
Filem Tanda Putera mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran
peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .