PENYANYI, Rahmad Mega bakal menembusi pasaran muzik Indonesia melalui single barunya berjudul, Ini Cintaku Yang Pertama.
Rahmad berduet dengan salah satu vokalis Kangen Band, Eren atau Erna Tri Suryani.
"Single baru saya itu masih belum popular sangat tetapi sudah mula dimainkan di radio, cuma belum dipromosikan lagi.
"Saya dah siapkan lima lagu tetapi untuk langkah pertama saya keluarkan satu lagu dulu, Ini Cintaku Yang Pertama. Saya berduet dengan penyanyi Indonesia, Eren dari Kangen Band," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui lewat malam tadi pada sidang media Pratonton Konsert Gegar 5 Lagenda.
Mengulas lanjut tentang kerjasamanya dengan pihak Indonesia itu, penyanyi berusia 44 tahun ini berkata, duet tersebut adalah untuk membuka laluannya ke seberang.
"Pada awalnya, saya nak ambil Eren macam ala-ala lagu Misha Omar dengan Ezad. Ezad kan jadi suara latar tapi macam duet.
Tetapi Pak Jusak (Pengarah Urusan Warner Music Indonesia, Jusak Irwan Soetiono) kata, peluang untuk saya pasarkan lagu ini di Indonesia, kurang sedikitlah kerana tak berikan kerjasama sepenuhnya. Jadi, kami pecahkan, saya nyanyi separuh, Eren nyanyi separuh," katanya yang menyanyikan tujuh buah lagu pada Konsert Gegar 5 Lagenda.
Antaranya, Pasti, Takdir Dan Waktu, Bayangan Gurauan dan Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara.
Bercerita tentang lagu barunya itu, Rahmad akui lagu tersebut merupakan lagu lama yang diberi nafas baru.
"Lagu ini sebenarnya lagu lama yang diberi nafas baru tetapi saya buat susunan muzik yang baru.
"Lagu ini saya buat sudah hampir dua tahun tetapi saya tak keluarkan lagi, saya tunggu dulu sebab ketika itu saya dah nampak trend lagu lama sudah kembali," katanya.
Tambahnya, "selepas sambutan bagus di Malaysia, pihak Indonesia akan pertimbangkan lagu tersebut untuk dibawa ke sana."
Pertama tidak merokok, kedua sentiasa mengekalkan aktiviti-aktiviti sihat.
"Lagu baru ada tetapi orang mahu lagu lama, jadi saya nyanyilah lagu lama," katanya.
Begitulah nampaknya (lagu lama masih disukai). Lagu ini sudah jadi 'evergreen' atau ala-ala 60-an.
0 ulasan:
Post a Comment