SELEPAS lama menyepi, Elly Mazlein kini tampil dengan single terbarunya, Sabarlah Hati.
Pernah popular dengan beberapa lagu seperti Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan, Janji Kekasih dan Bungaku Bakawali, Elly berkata, tahun ini menjadi satu titik permulaan yang baik untuknya kembali aktif dalam bidang nyanyian.
"Kali terakhir saya muncul dengan single berjudul Atas Nama Cinta pada 2005 dan sejak itu, saya tidak menghasilkan apa-apa lagu.
"Atas minat dan kerinduan saya dalam karier nyanyian, saya ambil keputusan untuk kembali," katanya.
Tambah Elly, dia gembira kerana diberi kepercayaan dan peluang dari syarikat rakaman pihak KRU Music untuk merancang strategi pemasaran dan promosi single terbarunya itu.
"Sabarlah Hati merupakan single berkonsepkan balada dan istimewanya lagu ini adalah ciptaan komposer terkenal Manusia Putih.
"Saya berharap single ini dapat diterima baik oleh pendengar dan peminat yang sudah lama menantikan kemunculan saya," katanya.
0 ulasan:
Post a Comment