Home » » Apabila Kereta Mati

Apabila Kereta Mati

Written By Unknown on Monday, January 28, 2013 | 9:55 AM

Cara nak urus kereta ini susah sedikit bagi yang tidak biasa..kalau dah biasa bukan mekanik pun dapat menyelesaikan masalah tersebut..kereta ini macam-macam jenis penyakit kalau ia meragam..

Ada ketikanya luck tak baik, enjin tidak dapat dihidupkan walaupun kunci sudah diputar ke arah"start". Ia ada kaitan dengan bateri,  Hal ini terjadi kebiasaannya disebabkan bateri yang telah weak... ada juga kes tertentu dimana pemandu lupa mematikan sistem eletrik kereta seperti lampu kenderaan,sistem stereo dan sebagainya.


Tanda-tanda bateri kereta dah kong (lemah)
-Kereta tak leh start, 
-Hon bunyik slow, 
-Lampu malap 
-Alarm jadi bengong.. 
-Ade bunyi "tik tik tik tik"

1) Minta bantuan rakan anda dengan meminjamkan keretanya untuk membuat jumping start. 

2)Pastikan kereta mempunyai CC yang sama atau lebih besar dari kereta anda.
Sebabnya  kenapa kereta cc kecik tak sesuai untuk jumper kereta cc besar?
Tengok samada bateri kereta yang korang guna tu, sesuai tak dengan kereta kawan untuk membuat jumping start.
Contoh: Sekiranya kereta anda adalah Produa kelisa 1.0 CC, dapatkan kereta yang CC juga sama ataupun yang kereta yang lebih besar seperti Waja 1.6 CC.saya pernah cuba kancil nak jumper ke nisan cefiro tak boleh.. Produa Viva nak jumper ke naza ria jugak tak boleh..

Walau pun kesemua bateri kereta mengeluarkan 12V sama ajerr…tetapi bateri sebenarnya bergantung kepada saiz bateri dan jenis kenderaan serta bilangan plate dalam bateri. Jika banyak plat, lebih kuat bateri untuk menghasilkan cas.  
Contohnya Biasanya
N40Z (Kancil,Kelisa,Kenari)
NS60/L (Saga,Iswara,Wira,Waja )
NS70L (Naza Ria pakai) 

3) Rapatkan kedua-dua kereta anda supaya senang nak pasang jumping cable 
4)kenderaan support mestilah dihidupkan beberapa minit dahulu sebelum membuat jump start 
5) kesemua komponen eletronik, lampu, radio,aircond perlu di ’off’kan switch...

Jangan lupa
1)Dapatkan cable jumper cable ... sebenarnya jumper wayer cable jumper ni ada besar ada yang kecil saiznya..
2)Kalau boleh…kena pakai cable jumper saiz besar..
3)Kalau pakai cable saiz kecik nanti cable cepat panas atau mungkin getah penebat wayer boleh
mencair  ..

Perlu ingat
1)Pasangkan cable jumper dari kereta bateri kong ke kereta yang nak jumper
2)Merah untuk positif  ( + )... Hitam untuk negatif (-)...
3) Pastikan anda memasang Cable positif (+) dahulu di kedua-kedua kereta barulah memasang bahagian Cable negatif...

Memang kebiasaan cara ni lahhh selalu orang buat kalau bateri kereta kong..
1)Kepit Klip cable jumper dari kereta bateri kong ke kereta yang nak jumper
2)Kepit Klip Cable terminal bateri merah positif   bertemu dengan Cable terminal bateri merahpositif  pada kereta kong 
3) Manakala klip terminal bateri hitam negetif  dengan terminal bateri hitam negetif  pada kereta kong jugak..


4)Cara ni Selalu orang buat sambung jumper bateri ke bateri kong…
5)Tetapi sebenarnya tidak digalakkan menyambungkan cable hitam ini ke terminal negative bateri kereta yang kong, Sebabnya masa kita cas bateri tersebut ianya akan menghasilkan lebih gas hidrogen dalam bateri tersebut dan mungkin boleh menyebabkan risiko berlaku letupan.



Ini adalah teknik/ cara mengunakan Cable jumper yang disyorkan pada bateri kong..
1)Pasang klip cable jumper merah  ke terminal positif dari kereta bateri kong ke kereta yang nak jumper
2) Pasang klip Cable jumper hitam  ke terminal positif bateri kereta rakan anda
3) Kemudian klip Cable hitam yang satu lagi ke mana-mana bahagian besi pada enjin atau klip kat body kereta anda

Sebenarnya adalah lebih baik kalau kita klip Cable hitam negetif yang satu lagi pada mana-mana bahagian besi pada enjin atau klip kat body ( selalunya dekat lubang atau cangkuk bonet) enjin kereta anda…

4)Masa jumper bateri, kereta yang bateri OK kena hidupkan enjin..kena tekan minyak sekali sekala,supaya karen dapat supply dengan kuat untuk kereta yang kong tersebut..
5)Biarkan kenderaan anda hidup selama 15 – 20 minit.
6)Dah agak lama cas bateri, cuba start kereta yang bateri kong tu

Untuk kereta manual

1)Untuk kereta manual boleh guna cara ni  tak payah tukar bateri.
2)Mintak la sape-sape dua tiga orang... Tolong tolak Kereta dari belakang...
3)ON Suis kunci kereta dulu.. Pastu tekan clutch
4)Agak-agak dah berjalan sikit tu masuk gear 2,
5)Lepas clutch, sementara itu pijaklah pedal minyak  dan enjin akan hidup.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .