Kota Bharu: “Apa salah saya sehingga dia tak mahu panggil saya menyertai skuad kebangsaan,” kata kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi sebagai reaksi balas kenyataan Datuk K Rajagobal yang masih enggan menyenaraikannya dalam skuad Harimau Malaya bagi persiapan pusingan Kelayakan Piala Asia 2015.
Pemain tengah yang dianggap antara terbaik di Liga Malaysia (Liga-M) itu berkata, adakah corak permainannya tidak menepati cita rasa pengendali berusia 57 tahun itu menyebabkan dia tidak mendapat tempat dalam skuad Harimau Malaya.
“Tapi saya nak tanya dia (Rajagobal) apa masalah dia dengan saya,” katanya semalam.
Akhbar semalam melaporkan, nama Piya terus tidak mendapat tempat dalam skuad kebangsaan apabila Rajagobal mengumumkan senarai akhir 24 pemain kelmarin, walau pun ketika ramai tonggak utama digugurkan akibat krisis kecederaan.
Skuad Harimau Malaya berlepas ke Dubai, UAE, pagi semalam untuk aksi persahabatan menentang Iraq, Jumaat ini dan seterusnya aksi sulung kelayakan Piala Asia 2015 bertemu Qatar di Doha, 6 Februari ini.
Walaupun tidak dapat membawa 11 pemain utama yang mengalami kecederaan, ia masih belum membuka hati Rajagobal untuk sekurang-kurangnya memanggil Piya untuk kem latihan skuad kebangsaan.
0 ulasan:
Post a Comment