"Kalah dalam perlawanan persahabatan adalah perkara biasa, tapi tewas dengan jaringan gol empat gol berbalas satu adalah perkara yang merisaukan.
"Mungkin ianya disebabkan jentera serangan Kelantan musim 2013 agak tumpul dan tidak agresif," katanya dalam laman Facebook.
Annuar berkata demikian apabila Kelantan menerima kejutan dibelasah Sime Darby1-4 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.
Dalam pada itu, Annuar yang kelihatan kurang bersetuju dengan keputusan Bojan memilih Keita Modju untuk menyertai saingan Liga Malaysia musim baru.
Bagaimanapun menyerahkan segala urusan kepada jurulatih Crotia itu dan menyifatkan Bojan lebih mahir berbanding dirinya dalam soal pemilihan pemain.
"Bojan pilih Keita untuk saingan Liga Malaysia 2013, dan Petratos akan masuk pada bulan April sekiranya Keita gagal.
"Saya mungkin berbeza dengan pendapat jurulatih, begitu pun urusan pemilihan pemain adalah urusan Bojan selaku jurulatih.
"Dan, saya harus menerima keputusan dia kerana Bojan lebih tahu hal ini daripada saya," katanya yang mendoakan Kelantan akan terus kekal unggul pada tahun 2013.
Pada musim lalu, Kelantan menang tiga gelaran termasuk Piala Malaysia. Liga Malaysia musim 2013 akan bermula dengan saingan Piala Sumbangsih Sabtu ini di Stadium Shah Alam.
Kelantan akan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
0 ulasan:
Post a Comment