Setiausaha Kehormatnya, Suhairi Hashim berkata, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa sepatutnya bersabar menunggu keputusan mesyuarat jawatankuasa FAM yang dijangka diketahui hari ini.
Menurutnya, isu perpindahan Mat Yo tidak seharusnya diperbesarkan kerana ia secara tidak langsung boleh mengganggu konsentrasi pemain.
“Kita tak nak cakap banyak kerana kita akan menunggu keputusan daripada jawatankuasa FAM yang sedang bermesyuarat mengenai isu perpindahan Mat Yo ini.
“Kita rasa perkara ini tak perlu bising-bising kerana perbuatan ini boleh membuatkan konsentrasi pemain terganggu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.
Suhairi berkata, Kafa perlu secara jujur menyenaraikan secara terperinci apa sebenarnya hutang yang perlu dibayar untuk membolehkan PBNJ membuat penilaian mengenai tuntutan berkenaan.
“Senaraikan, kalau betul Mat Yo kena bayar, dia akan bayar kerana dia ada duit.
“Kalau Johor kena bayar pun kita akan bayar. Kita bukan pasukan miskin! Kita ada peruntukan,” katanya.
Sinar Harian semalam menyiarkan tuntutan berjumlah RM1 juta oleh Kafa kepada PBNJ jika mahu menyelesaikan konflik perpindahan Mat Yo ke Johor Darul Takzim.
Presidennya berkata, jumlah tersebut dianggap munasabah berdasarkan status Mat Yo sebagai penyerang utama kebangsaan dan penerima anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) tiga musim berturut-turut.
0 ulasan:
Post a Comment