Julia menyampaikan bantuan berupa wang tunai, nasi bungkus, air minuman dan makanan lain malah turut turun ke kawasan air banjir.
“Kalau saya cakap berapa nilai bantuan saya beri, tak bagus. Yang saya berikan Insya-ALLAH mencukupi dan yang penting ikhlas... kalau bukan kita, siapa lagi,” katanya.
Penyanyi itu menemui mangsa banjir selepas melihat berita tentang bencana alam itu.
“Airnya sangat sejuk macam air batu,” katanya lagi.
Julia berharap dengan turun terus ke tempat kejadian, ia akan membuka mata masyarakat lain untuk turut sama-sama membantu.
“Ini sumbangan kecil tetapi mungkin bermanfaat kepada mereka (mangsa). Semoga warga Jakarta yang lain akan tergerak hati untuk membantu,” katanya.
0 ulasan:
Post a Comment