HATRIK Cristiano Ronaldo ketika membantu juara Eropah sembilan kali, Real Madrid membenam Sevilla 4-1 pada aksi La Liga, kelmarin umpama amaran awal menjelang pertemuan kalah mati Liga Juara-juara Eropah menentang Manchester United, Khamis ini.
Pertahanan Real, Sergio Ramos membayangkan andai Ronaldo mampu mempamerkan aksi sama pada pertemuan menentang United nanti maka mereka tiada masalah menundukkan wakil England itu di laman sendiri.
"Ronaldo semakin 'berselera' dan tidak sabar untuk bertemu bekas kelabnya.
"Saya fikir dia pasti dapat mengulangi persembahan sama pada pertemuan Khamis ini," katanya.
Perlawanan timbal balik kedua-dua pasukan itu dijadual pada 3 Mac depan di Old Trafford.
Sementara itu, pengendali Real, Jose Mourinho memuji ketangkasan Ronaldo yang sangat berbahaya dalam kawasan kotak penalti.
“Prestasi yang dipamerkan Ronaldo cukup menakjubkan. Harap dia dapat menunjukkan aksi memberangsangkan pada perlawanan menentang Manchester United,” katanya.
0 ulasan:
Post a Comment