Home » » Van Syarikat Keselamatan Dirompak, RM1.2 Juta Lesap

Van Syarikat Keselamatan Dirompak, RM1.2 Juta Lesap

Written By Unknown on Thursday, February 14, 2013 | 12:29 AM



KLANG - Tiga lelaki merompak dan melarikan wang tunai berjumlah RM1.2 juta dari sebuah van syarikat keselamatan di hadapan sebuah kedai agensi nombor ramalan di Batu 1 Jalan Kapar di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Mohd Shukur Sulong berkata, dalam kejadian pada 6.15 petang, van itu sedang berhenti bagi melakukan kutipan dan seorang pengawal keselamatan bersenjatakan sepucuk pump gun turun dari kenderaan itu manakala tiga lagi rakannya termasuk pemandu menunggu di dalam van.
Semasa kejadian, difahamkan van itu berhenti untuk mengutip wang dari kedai agensi nombor ramalan selepas mengutip wang dari beberapa pasar raya dan bank, katanya pada sidang media di sini.
Bagaimanapun, seorang lelaki memakai topi keledar tiba-tiba muncul dan mengacukan pistol sebelum menolak pengawal keselamatan itu ke dalam dan merampas
pump gun daripadanya.
Katanya suspek bersenjata itu kemudiannya mengawasi pengawal keselamatan itu manakala dua lagi rakannya melarikan van ke suatu tempat yang tidak diketahui pengawal keselamatan terbabit yang perjalanannya mengambil masa 10 minit.
"Ketiga-tiga suspek itu kemudiannya melarikan wang tunai berjumlah RM1.2 juta yang diisi di dalam dua beg karung dan beberapa beg kecil termasuk sepucuk
pump gun yang digunakan pengawal keselamatan itu dengan menaiki sebuah van Nissan Vanette berwarna kelabu," katanya.
Mohd Shukur berkata, sebelum melarikan diri suspek berumur lingkungan 20 hingga 30 tahun itu memecahkan cermin hadapan van dengan tukul besi kerana pintu van itu terkunci secara automatik.
Pengawal keselamatan berusia antara 20 dan 30 tahun itu  kemudiannya membawa van itu ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan untuk membuat laporan polis. -Bernama

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .