Kuala Lumpur: Kekecewaan gagal melepasi pusingan kelayakan Piala Asia AFC bawah 22 di Myanmar pertengahan tahun ini mencetus semangat membara buat Ong Kim Swee dan anak buahnya untuk bangkit pada semua kejohanan disertai.
Walaupun kejohanan disertai tidak sehebat Piala Suzuki AFF atau kejohanan peringkat senior lainnya, kemampuan Kim Swee membawa skuad mentah dengan ketiadaan beberapa tonggak utama berpengalaman, mencetus harapan segar buat masa depan bola sepak negara.
“Kita perlu meneruskan kesinambungan ini,” kata Kim Swee yang kini hanya mempunyai satu misi tahun depan mengekalkan ibu emas Sukan SEA di Myanmar.
“Pemain baru yang ada perlu diberi pendedahan secukupnya di peringkat antarabangsa.
“Tahun depan persiapan kita akan lebih rapi memandangkan hanya ada dua tugasan skuad kebangsaan di awal tahun. Selepas itu semua pemain akan bersama kita untuk sesi latihan di Eropah.
“Tempoh tiga bulan terakhir sebelum kejohanan, saya sepatutnya sudah mempunyai skuad utama yang benar-benar mantap dan tiada lagi masa untuk melakukan eksperimen.”
Kim Swee yang memulakan kem latihan sejak 3 Disember lalu menjangkakan selepas dua saingan kelayakan Piala Asia 2015 pada Februari dan Mac, beberapa pemainnya yang dipanggil menyertai skuad kebangsaan akan kembali memberi tumpuan kepada misi Sukan SEA.
0 ulasan:
Post a Comment