Home » , » All England: Laluan Chong Wei tetap sukar

All England: Laluan Chong Wei tetap sukar

Written By Unknown on Friday, February 15, 2013 | 9:20 PM

JURULATIH perseorangan negara, Tey Seu Bock melihat laluan Datuk Lee Chong Wei untuk memburu kejuaraan pada Kejohanan All England bulan depan tetap berliku walaupun ketiadaan seteru utama, Lin Dan, yang mengambil keputusan menarik diri.

Beliau berkata, penarikan diri Lin Dan daripada kejohanan tersebut bukan satu tiket yang menjamin kedudukan Chong Wei untuk merangkul kejuaraan tahun ini.

"Tidak semestinya ketiadaan Lin Dan akan memberi laluan mudah buat Chong Wei untuk bergelar juara dan begitu juga sebaliknya.

"Chong Wei pernah bergelar juara biarpun ada Lin Dan termasuk ketika final 2011.


"Kita perlu sedar, biarpun Lin Dan dilihat sebagai pencabar utama tetapi barisan pemain muda China yang lain seperti Chen Long, Chen Jin dan Du Pengyu tidak boleh dipandang mudah termasuk pemain daripada negara-negara lain," katanya kepada Sinar Harian Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ketiadaan Lin Dan kali ini akan membuka ruang lebih besar buat jaguh negara itu untuk muncul juara.

Mengulas lanjut mengenai pengunduran juara lima kali kejohanan berprestij itu, Seu Bock berkata, mungkin Lin Dan mempunyai sebab peribadi sehingga dia memutuskan untuk menarik diri.

“Saya tak nak cakap apa-apa, itu urusan peribadi dia (Lin Dan).

"Apa yang penting sekarang, memberikan tumpuan kepada pemain untuk menghadapi kejohanan tersebut dari memikirkan hal orang lain," ujarnya.

Ditanya mengenai persiapan Chong Wei untuk beraksi, Seu Bock menjelaskan bahawa tidak ada program khusus buat pemain berusia 31 tahun itu.

"Usia Chong Wei sudah meningkat. Jadi, saya lebih mengutamakan kualiti latihannya," jelas Seu Bock.

Seluruh England akan membuka tirai pada 5 hingga 10 Mac depan di Birmingham.

Sebagai rekod, Chong Wei sudah dua kali bergelar juara All England iaitu pada edisi 2010 dan 2011.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .