Home » » Kemeriahan GP Malaysia

Kemeriahan GP Malaysia

Written By Unknown on Wednesday, January 30, 2013 | 9:14 AM



Kuala Lumpur: Sejajar dengan sasaran menarik lebih 90,000 pengunjung pada hari perlumbaan, Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia PETRONAS 2013 bakal disajikan dengan pelbagai acara selingan istimewa sempena edisi ke-15 perlumbaan berprestij itu di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Mac ini.

GP Malaysia PETRONAS 2013 dilancarkan secara rasmi, semalam di KLCC akan menjadi destinasi kedua dalam kalendar perlumbaan F1 tahun ini selepas GP Australia dan berjaya menarik sejumlah 130,000 pengunjung sepanjang tiga hari perlumbaan berlangsung tahun lalu. 
“Saya harap lebih ramai peminat akan datang pada hari perlumbaan dengan kami menjangkakan lebih daripada 40 peratus pengunjung dari luar negara dan 60 peratus penonton tempatan,” kata Pengerusi SIC, Datuk Mokhzani Mahathir yang turut melancarkan promosi istimewa 1Tiket Tanpa Had (1TU), semalam. 


Pemegang 1TU bakal mendapat pelbagai keistimewaan antaranya penonton di tempat duduk grand stand boleh menyaksikan konsert legenda rock, Gun N Roses secara percuma, manakala penonton di kawasan bukit perlu membayar tambahan RM120. 

Selain itu, pemegang 1TU mendapat pelbagai pakej istimewa lain seperti diskaun antaranya ketika membeli belah sempena jualan 1Malaysia GP Sale, pakej pengangkutan ERL atau Skybus, baucer makanan dan minuman, hotel, barangan cendera hati sempena 15 tahun GP Malaysia serta banyak lagi. 

“Dengan senario seperti ini, kami boleh jangkakan acara menarik di Sepang pada Mac depan dan saya percaya peminat tidak akan melepaskannya,” kata Mokhzani dalam majlis yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Datuk Sri Ahmad Shabery Cheek, Presiden Kehormat Yayasan Kepimpinan Perdana, Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas. 

Lebih menarik, bagi menambah tarikan, 14 jentera F1 yang digunakan pada 1999 hingga 2012 akan dipertontonkan kepada umum sehingga hari perlumbaan.
Majulah sukan untuk semua...

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .