Home » » Naza bikes&TBR di Malaysia

Naza bikes&TBR di Malaysia

Written By Unknown on Friday, January 4, 2013 | 2:59 AM


Nasa bikes telah mengeluarkan model terbaru,dengan ciri-ciri terbaru serta mampu milik bagi penggemar model superbaike.Boleh dikatakan satu kolaborasi produktif antara syarikat tempatan dan juga produk keluaran Amerika Syarikat ini. Setelah hampir setahun dimeterai, Naza Bikes Sdn Bhd (Naza Bikes) memperkenalkan model edisi TBR 2013 pada model Naza Blade di pasaran Malaysia.

Kerjasama dengan TBR Asia Sdn Bhd (TBR Asia) itu boleh didapati dalam varian Naza Blade 250cc dan 650cc yang sebelum ini mendapat sambutan baik di pasaran dan menawarkan kepada penunggang untuk mendapatkan model motosikal asas dengan rupa yang lebih menawan dan tidak lupa keseronokan
 menunggang.


Two Brothers Racing (TBR) merupakan produk keluaran Amerika Syarikat yang terkenal dengan sistem ekzos motosikal selepas jualan dan aksesori motosikal prestasi tinggi bagi motosikal sporty.

Hasil perkongsian dinamik Naza Bikes bersama Two Brothers Racing, mereka yakin versi TBR 2013 itu akan menjadi kegemaran dalam tempoh singkat
.

Model 250R dan 650R - berdasarkan kepada motosikal Naza Blade yang dilancarkan oleh Naza baru-baru ini pada harga RM18,000 dan RM26,000 masing-masing.

Naza Blade TBR adalah naik taraf model asal, yang mempunyai signatur Two Brothers Racing dengan sistem ekzos prestasi tinggi yang lebih ringan daripada ekzos standard dan meningkatkan kuasa kuda sebanyak lima peratus di samping mengurangkan berat jentera sebanyak tiga kilogram.


Selain itu, solekan tubuh motosikal sport berkenaan juga turut menerima perubahan menerusi pelekat-pelekat TBR yang menyerlahkan lagi penampilannya dan tampak lebih garang.

Peningkatan lain termasuk kerusi yang baru direka semula dan barisan brek cakera keluli tahan karat berprestasi tinggi dengan Red Protective Sleeve-namun ini hanya disediakan untuk Naza Blade 650R TBR Edisi 2013
.

Sementara itu, model Naza Blade adalah hasil kerjasama teknologi dengan motosikal Korea Selatan pembuat Hysoung.

Menurut Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Syarikat Naza, Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, Naza Blade 250cc adalah motosikal sports terlaris sejak dipasarkan pada 2011 di mana hampir menguasai 50 peratus perkongsian pasaran dengan lebih 120 unit dijual bulanan.

“Setakat ini, motosikal Naza telah menjual 1,000 pada tahun 2012.

“Pasaran motosikal Asean pada tahun 2012 dijangka mencapai 13 juta unit. Segmen 250cc hingga 800cc telah mengalami pertumbuhan terbesar yang belum pernah berlaku dalam hampir setiap pasaran - terutama di Malaysia, Thailand, Indonesia dan
Vietnam.

Ia merupakan peluang besar untuk Naza menjadi salah satu pemain utama dalam lingkungan berkenaan dan kita mengambil setiap langkah yang mungkin untuk memastikan bahawa kita bersaing mengikut perkembangan semasa,” katanya.

Bahkan, untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran, Naza World melabur RM500,000 dalam barisan pengeluaran baru untuk Naza Blade yang dijangka siap menjelang Mac 2013.

Selain itu, Naza World juga ada rancangan untuk eksport Naza Blade 250cc ke Kemboja menjelang suku pertama tahun depan dan Naza Blade 250cc dan 650cc ke Indonesia menjelang suku kedua tahun depan.

Naza World turut menawarkan jenama antarabangsa seperti Harley Davidson, Ducati, Aprilia, Vespa, Gilera dan Piaggo dan Indian Motosikal dan kini syarikat tersebut sedang meneroka keupayaan pengeluaran tempatan.Sportbaike telah menjadi trend kat Malaysia.Sudah ramai yang berkemampuan untuk menbeli model-model keluaran pelbagai jenama mengikut selera.Dengan adanya Kelab-kelab yang aktif menganjurkan setiap aktiviti menbuatkan kenderaan dua roda ini semakin berkembang dan diminati..

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .